Anda di sini

Man Truck and Bus mula perkhidmatan bengkel mudah alih

Advertisement

KUALA LUMPUR: MAN Truck and Bus (M) Sdn Bhd (MAN) mula menawarkan perkhidmatan bengkel mudah alih kepada pelanggan dengan membawa bengkel kepada mereka dan bukannya membawa kenderaan mereka ke bengkel untuk penyelenggaraan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Selepas Jualannya, Thayalan Subramaniam berkata usaha berkenaan merupakan pilihan ideal untuk pelanggan yang tidak mempunyai akses mudah ke bengkel penyelenggaraan tetap disebabkan oleh lokasi mereka atau faktor lain.

Dengan mengadakan bengkel mudah alih yang akan ke tempat mereka, mereka boleh menjimatkan masa perjalanan dan kos,” katanya, sambil menambah bahawa trak perkhidmatan 18 tan itu juga akan bertindak sebagai gudang mudah alih alat ganti.

Di samping dilengkapi dengan peralatan standard untuk penyelenggaraan, trak yang dilengkapi dengan minyak pelincir, penapis, barangan lain yang digunakan untuk penyelenggaraan selang 20,000 kilometer serta alat ganti yang diperlukan untuk pembaikan dan penggantian.

Bengkel mudah alih MAN kini mengadakan khidmat di Semenanjung Malaysia dan akan dilancarkan di Sabah dan Sarawak pada suku pertama 2018.

Pelanggan yang telah memanfaatkan bengkel mudah alih MAN termasuk syarikat logistik, Lee Ting San Group of Companies, Taipanco Sdn Bhd, serta MARA Liner Sdn Bhd, yang mengendalikan myBAS di Perlis.

Selain perkhidmatan penyelenggaraan biasa, Thayalan berkata mereka akan mendapat tindak balas yang lebih cepat untuk kerosakan dengan bengkel penyelenggaraan mudah alih kerana perkhidmatan akan disediakan kurang daripada dua jam selepas panggilan kerosakan dibuat.

Selain bengkel penyelenggaran mudah alih, MAN juga mempunyai lapan kenderaan yang sentiasa bersedia di bawah Mobile24 untuk menyediakan perkhidmatan pembaikan kerosakan dan bantuan  tepi jalan.

Pelanggan hanya  perlu mendail nombor bebas tol: 1-800-228-626.

MAN mempunyai tiga  cawangan dan lima pengedar sebagai sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan dan penyelenggaraannya di Malaysia. — Bernama

Advertisement