Anda di sini

Malaysia bina hospital untuk pelarian Rohingya di Bangladesh

Advertisement
 Ahmad Zahid mengagihkan gula-gula kepada kanak-kanak Rohingya ketika tiba di penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh, semalam. — Gambar Bernama
PRIHATIN: Ahmad Zahid mengagihkan gula-gula kepada kanak-kanak Rohingya ketika tiba di penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh, semalam. — Gambar Bernama

COX’S BAZAR, Bangladesh: Malaysia akan membina hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkam etnik Rohingya di sini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata hospital itu akan dibina dalam tempoh sebulan sebaik mendapat kelulusan kerajaan Bangladesh.

Hospital ini akan mempunyai 50 katil. Ia akan dibina oleh kor perubatan angkatan tentera dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Kem Kutupalong, antara kem yang menempatkan pelarian Rohingya kira-kira 35 dari sini, Isnin. — Bernama

Advertisement