Anda di sini

Dunia digital, inovasi tidak dapat diperlahan

Advertisement

Sebab itu Sarawak kini mengorak langkah seiring dengan perkembangan tersebut: Morshidi

 Morshidi berucap merasmikan Forum Perdana Inovasi Sarawak sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2017 di Kompleks DUN di Kuching, semalam.
FORUM: Morshidi berucap merasmikan Forum Perdana Inovasi Sarawak sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2017 di Kompleks DUN di Kuching, semalam.

KUCHING: Kerajaan negeri sedar bahawa kedatangan gelombang dunia digital dan kepentingan budaya inovasi sudah tidak dapat diperlahankan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Beliau yang berucap semasa merasmikan Forum Perdana Inovasi Sarawak sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2017 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam, berkata sebab itu Sarawak kini mengorak langkah seiring dengan perkembangan tersebut.

Kita tidak mahu ketinggalan. Kita tidak mahu menerima natijah buruk akibat ketidaksediaan kita untuk berhadapan dengan arus globalisasi kelak.

Di pihak kerajaan negeri, saya suka untuk kongsikan bahawa sebenarnya pelbagai inisiatif telah kita susun untuk melakukan persediaan ini. Antaranya termasuk mewujudkan Hab Inovasi Digital yang pertama di iCom Square di Kuching, kedua di Sarikei dan kemudiannya, bakal dibangunkan di Betong, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas serta kewujudan Kampung Digital di Samajaya,” katanya.

Morshidi menambah, Sara-wak komited terhadap ekonomi digital dan telah melancarkan pelan komprehensif untuk 17 bidang seperti Undang-Undang dan Tabdir Urus, Digital Kerajaan, Data Digital, Keselamatan Siber, Infrastruktur Digital, Pertanian, Pelancongan, Pembuatan, Perkhidmatan dan e-Perdagangan.

Seluruh dunia sudah mula mengorak langkah ke arah ekonomi digital, jadi adalah amat bertepatan untuk kita turut melakukan usaha itu demi manfaat negeri dan rakyat ke-seluruhannya,” ujarnya.

Bercakap mengenai forum itu, beliau memuji usaha Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak kerana berjaya menganjurkan forum dengan penyertaan seramai 300 peserta daripada sektor awam dan swasta.

Dengan tema Inovasi Memacu Ekonomi Digital, saya harap forum hari ini dapat membantu kita melahirkan idea baharu atau pengetahuan untuk memacu ekonomi digital negeri Sara-wak,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement