Anda di sini

Dua ketua IS Filipina dibunuh tentera

Advertisement
 Gambar fail tidak bertarikh daripada video serahan tentera Filipina pada 18 Jun lalu menunjukkan Hapilon (tengah) dan Abdullah Maute (kanan), adik lelaki Maute yang juga pengasas bersama kumpulan Maute, ketika mereka merancang serangan di satu lokasi tidak didedahkan di pulau Mindanao. — Gambar AFP
TUMPAS: Gambar fail tidak bertarikh daripada video serahan tentera Filipina pada 18 Jun lalu menunjukkan Hapilon (tengah) dan Abdullah Maute (kanan), adik lelaki Maute yang juga pengasas bersama kumpulan Maute, ketika mereka merancang serangan di satu lokasi tidak didedahkan di pulau Mindanao. — Gambar AFP

MANILA: Ketua kumpulan Islamic State (IS) di Asia Tenggara, yang dinyatakan dalam senarai pengganas paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), telah terkorban dalam pertempuran bagi menuntut semula sebuah bandar Filipina yang ditawan militan, menurut menteri pertahanan semalam.

Kematian Isnilon Hapilon dalam usaha terdesak untuk menamatkan pengepungan empat bulan di Marawi dalam pertempuran yang meragut lebih 1,000 nyawa dan menimbulkan kebimbangan IS cuba membentuk pangkalan wilayah di selatan Filipina.

Pihak penganalisis keselamatan menyatakan Hapilon pegawai utama IS di Asia Tenggara.

Pasukan tentera kami telah berjaya mendapatkan Isnilon Hapilon dan Omar Maute.

Kedua-dua mereka telah terkorban,” Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana memberitahu wartawan, merujuk kepada seorang lagi pejuang yang mengetuai serangan bersama Hapilon di Marawi Mei lepas.

Mayat mereka telah ditemui oleh unit beroperasi kita.”

AS telah menawarkan wang ganjaran AS$5 juta bagi maklumat yang membawa kepada penahanan Hapilon, menyatakan lelaki berusia 51 tahun itu merupakan pemimpin kanan Abu Sayyaf di selatan Filipina, yang dianggap AS sebagai organisasi pengganas luar negara.

Lorenzana menyatakan pasukan tentera darat Filipina yang melancarkan serangan terakhir terhadap militan di Marawi membunuh Hapilon dan Omarkhayam Maute, salah seorang daripada dua beradik yang mengetuai kumpulan militan bersekutu dengan Hapilon, awal semalam.

Ujian DNA akan dibuat ke atas dua mayat itu bagi menuntut ganjaran AS dan kerajaan Filipina, tambah beliau.

Pihak berkuasa Filipina telah melakukan beberapa pengumuman sebelum ini mengenai usaha segera menamatkan konflik, namun pemerhati percaya kali ini unjuran tersebut kemungkinan tepat.

Para penyerang bersenjata pro-IS menawan beberapa bahagian di Marawi, bandar utama Islam di negara majoriti Katolik Filipina, pada 23 Mei selepas cubaan yang gagal oleh pasukan keselamatan untuk menahan Hapilon, menurut pihak berkuasa.

Pihak tentera Filipina menyatakan Hapilon bergabung tenaga dengan Maute bagi merancang serangan.

Bulan lepas ketua pertahanan menyatakan beberapa pemimpin militan lain terkorban dalam pertempuran untuk Marawi.

Pasukan tentera masih memburu ketua militan Malaysia Mahmud Ahmad di zon pertempuran Marawi, menurut Lorenzana semalam.

Pengganas berdepan kempen pengeboman yang dibantu persenjataan AS dan pertempuran darat yang sengit dengan pasukan tentera Filipina. — AFP

Advertisement