Anda di sini

Suspek kes rogol remaja serah diri

LAWAS: Seorang lagi suspek menyerah diri di Balai Polis Lawas tengah hari tadi bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja sejak April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek berusia 29 itu menyerah diri jam 12.10 tengahari.

Beliau berkata suspek  akan dihadapkan ke Mahkamah pagi esok bagi tujuan permohonan reman.

Dua lagi saspek wanita yang telah ditangkap sebelum ini, iaitu ibu mangsa dan pemilik karaoke akan dituduh pada esok jam 9.00 pagi di Pejabat Daerah Lawas.