Anda di sini

Betong tuan rumah Hari Belia Peringkat Negeri

Advertisement

KUCHING: Bahagian Betong dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Belia Peringkat Negeri pada tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan yang diadakan pada 27 hingga 29 Oktober itu menyaksikan Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sebagai lokasi majlis perasmian.

Menurut beliau, majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 28 Oktober yang dijangka disertai kira-kira 3,000 belia yang turut serta dalam perarakan.

Abdul Karim dan Snowdan semasa sidang media mengenai Hari Belia peringkat kebangsaan 2017, mempelawa golongan belia memeriahkan sambutan yang berlangsung di Betong pada 27 hingga 29 Oktober ini.
Abdul Karim dan Snowdan semasa sidang media mengenai Hari Belia peringkat kebangsaan 2017, mempelawa golongan belia memeriahkan sambutan yang berlangsung di Betong pada 27 hingga 29 Oktober ini.

"Sambutan pada kali ini bertemakan "Belia Pencetus Inspirasi, Pemacu Inovasi" dan antara objektif penganjuran adalah memberi pengiktirafan sumbangan belia kepada pembangunan negeri.

"Pelbagai aktiviti menarik diadakan bermula pada 27 Oktober sementara acara kemuncak adalah Anugerah Ikon Belia Negeri 2017 yang diadakan pada 28 dimana ia akan disampaikan kepada tiga penerima," katanya pada sidang media yang dihadiri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan di pejabatnya di sini, pagi tadi.

Menurut Abdul Karim, antara aktiviti yang turut dinanti-nantikan juga adalah sesi dialog belia bersama ketua menteri yang diadakan selepas majlis perasmian dengan dianggarkan sehingga 400 orang belia.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program termasuk Konsert Belia, Belia Idol, Pertandingan Puteri Belia Millenia dan Youth Strongman, belia Kitchen dan gerai jualan, pameran belia dan kerjaya, zumba, senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan sebagainya.

Kita mempelawa semua golongan belia dari seluruh negeri untuk datang bersama memeriahkan dan menyertai aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Belia," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement