Anda di sini

AXIS anjur Liga Remaja AXIS mulai 15 Oktober

Advertisement
 Iswandi (tengah) memperagakan borang penyertaan bersama ahli jawatankuasa penganjur, Azamri Kifle (kanan) dan Ideris Untong.
BANGUN BOLA SEPAK: Iswandi (tengah) memperagakan borang penyertaan bersama ahli jawatankuasa penganjur, Azamri Kifle (kanan) dan Ideris Untong.

KUCHING: Akademi Bolasepak AXIS akan menganjurkan Liga Remaja AXIS 2017 mulai 15 Oktober hingga 29 Oktober ini bertempat di Padang Akademi Kastam Diraja Malaysia, Jalan Matang.

 Pengurus Akademi Bolasepak AXIS Iswandi Ali Hassan berkata, liga terebut akan mempertandingkan dua kategori iaitu Bawah 10 dan 12 tahun melibatkan enam sekolah di sekitar bandar raya Kuching.

 Menurutnya, liga tersebut turut mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) dan ditaja oleh Lea Sports Centre (LSC).

 “Liga ini akan dijalankan pada hujung minggu sahaja iaitu pada 15 Oktober, 22 Oktober dan 29 Oktober.

 “Sebanyak enam pasukan terlibat dalam kategori Bawah 10 Tahun, manakala sembilan pasukan berentap dalam kategori Bawah 12 Tahun,” katanya pada sidang media semalam.

 Jelasnya, pasukan yang terlibat dipilih secara jemputan iaitu AXIS, Basic Soccer, SK St Joseph, Sekolah Antarabangsa Tunku Putra, Sekolah Antarabangsa Lodge dan Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY).

 Menurut Iswandi, setiap pasukan akan diwakili seramai tujuh pemain dengan penganjur menetapkan selama 20 minit bagi setiap perlawanan.

 “Objektif liga ini untuk mencungkil bakat-bakat muda selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemain, ibu bapa pemain dan sekolah terlibat,” ujar Iswandi lagi.

 Pada masa sama, beliau mempelawa ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka menyertai Akademi Bolasepak AXIS.

 Tegasnya, akademi tersebut dilatih oleh jurulatih berpengalaman terdiri daripada bekas pemain Sarawak seperti Zulkarnain Poasa, Ideris Untong, Nizam Mahmud, Shamsul Napiah, Sahrizan Sahari dan Roslan Madilan.

 Untuk pertanyaan lanjut mengenai liga boleh menghubungi Nizam Mahmud (012-89522920), Awang Azami (013-8180034) dan Zulkarnain Poasa (012-8571259).

Advertisement