Anda di sini

AmBank menang dua anugerah untuk kad kredit

 Jade Lee (dua kanan) bersama yang lain menunjukkan anugerah yang dimenangi oleh AmBank pada CMO Asia Smart Card and e-Payment Awards 2017.
ANUGERAH: Jade Lee (dua kanan) bersama yang lain menunjukkan anugerah yang dimenangi oleh AmBank pada CMO Asia Smart Card and e-Payment Awards 2017.

SIBU: AmBank (M) Berhad (AmBank) telah memenangi dua anugerah pada CMO Asia Smart Card and e-Payment Awards 2017 yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.

 Dua anugerah yang diberikan itu ialah Anugerah Jenama Kad Kredit Bersama Terbaik dan Anugerah Kad Kredit Ganjaran Perjalanan Terbaik (Kad Kredit Perjalanan Tanpa Yuran Tahunan).

 Kedua-dua anugerah ini diberikan untuk Kad Visa AmBank BonusLink yang dilancarkan oleh AmBank pada bulan April tahun ini.

 Terdapat tiga jenis Kad Visa AmBank BonusLink iaitu Gold, Platinum dan Signature.

 “Anugerah ini akan menjadi pendorong kepada Am- Bank untuk terus memberi khidmat terbaik kepada pelanggan-pelanggan yang dihargai.

 “Kita juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada BonusLink dan Visa Malaysia atas sokongan dalam menjayakan Kad Visa AmBank BonusLink,” ujar Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Jade Lee.

 CMO Asia Smart Card and e-Payment Awards 2017 bertujuan mengiktiraf khidmat pelanggan, kecemerlangan dan inovasi dalam industri kad dan pembayaran di Asia.

 “Kita gembira kerana usaha selama ini diiktiraf oleh industri di peringkat serantau. Ini akan mendorong AmBank untuk terus memberi lebih banyak nilai untuk pemegang kad menerusi program dan keistimewaan kepada penggunaan kad,” jelas Jade.

 Kad Visa AmBank BonusLink adalah kad bersama berjenama yang menawarkan pemegang kad dengan mata ganjaran BonusLink setiap kali mereka berbelanja.

 Kad ini membolehkan pemegang kad mengumpul mata ganjaran dengan lebih pantas dengan tawaran mata ganjaran BonusLink 10 kali apabila mereka membelibelah di Parkson atau Shell, selain perbelanjaan harian untuk makan, barangan runcit, pembelian dalam talian dan hiburan.

 Kad ini juga lebih memudahkan kerana ia adalah kad dua dalam satu, di mana ia bukan hanya kad kredit tetapi juga kad BonusLink.

 Oleh itu pemegang kad tidak lagi perlu membawa dua kad berasingan.

 Pemegang kad juga akan memperoleh dua mata ganjaran secara serentak apabila mereka menggunakan kad ini di mana-mana kedai rakan BonusLink, iaitu satu mata ganjaran yang diberikan oleh rakan BonusLink dan satu lagi yang ditetapkan oleh pihak bank.

 Bagi mereka yang gemar melancong, mereka juga boleh menikmati perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juta, 2 kali mata BonusLink bagi pembelian di luar negara dan lawatan percuma lima kali ke Plaza Premium Lounge untuk pemegang kad Signature.

 Pemegang kad yang baharu memohon untuk Kad Visa AmBank BonusLink sebelum 31 Disember 2017 juga akan menikmati tambahan 10,000 mata ganjaran BonusLink apabila melakukan transaksi untuk pertama kali dalam masa 30 hari dari tarikh kad diluluskan.