Anda di sini

Sedia hadapi banjir

Advertisement

 

 Shahidan (kanan) secara simbolik menyerahkan bot amphibious sealeg kepada Uggah (dua kanan).
UNTUK SARAWAK: Shahidan (kanan) secara simbolik menyerahkan bot amphibious sealeg kepada Uggah (dua kanan).
 Shahidan (tiga kiri) dan Uggah (dua kiri) menaiki bot amphibious sealeg. Turut kelihatan Fatimah (dua kanan).
HEBAT: Shahidan (tiga kiri) dan Uggah (dua kiri) menaiki bot amphibious sealeg. Turut kelihatan Fatimah (dua kanan).

 Kerajaan bersiap sedia hadapi banjir besar  diramal melanda seluruh negara November depan.

KUCHING: Kerajaan bersiap sedia menghadapi banjir besar yang diramal melanda seluruh negara  November depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri  Shahidan Kassim berkata semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) di seluruh negara dikerah bersiap sedia menghadapi banjir termasuk di kawasan jarang banjir.

Menurut Jabatan Meteorologi, Malaysia akan mengalami hujan lebat dalam beberapa episod pada November depan. Kita akan umumkan dari semasa ke semasa tetapi cuaca sekarang tidak menentu.

Ya, kita akan bersiap sedia sepanjang masa. Oleh sebab itu kita ada menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri, bahagian dan daerah juga di peringkat komuniti di kawasan biasa dan tidak biasa banjir,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2017 di Tebingan Kuching di sini semalam.

Shahidan selaku menteri bertanggungjawab terhadap bencana di negara ini menambah, bagi tujuan itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dipertingkatkan kecekapannya dengan melantik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku jentera.

Sebagai contoh ketika banjir melanda negara pada 2014 dan 2015 Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak ada jentera, ia hanya selaku penyelaras tetapi sekarang kita sudah ada NADMA dan APM selaku jentera.

Jadi sekarang kita telah pertingkatkan daripada apa yang ada tahun lepas dengan penambahan jawatan dan angkatan.

Oleh itu dari segi teorinya kita bersiap siaga di kawasan biasa dan bukan biasa banjir di seluruh negara,” jelasnya.

Selain itu  katanya, JPBN akan memastikan pangkalan hadapan yang berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan serta keperluan asas kepada mangsa diletakkan berdekatan dengan kawasan bencana.

  • oleh
  • Advertisement