Anda di sini

Dua mati ditembak

Advertisement

 

 Pasukan polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.
LOKASI: Pasukan polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.
 Anggota polis mengusung mayat salah seorang mangsa keluar dari tempat kejadian.
MATI DITEMBAK: Anggota polis mengusung mayat salah seorang mangsa keluar dari tempat kejadian.

Mangsa sedang minum di kaki lima kedai kopi, suspek muncul dan lepas beberapa das tembakan.

SIBU: Dua lelaki mati ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Lorong Pahlawan 7 di sini, tengah hari semalam.

Dalam insiden jam 12.15 tengah hari itu, mangsa masing-masing berumur 47 dan 21 tahun sedang minum di kaki lima sebuah kedai kopi di situ.

Difahamkan, kedua-dua mangsa sedang bersama seorang wanita warga China apabila seorang lelaki bertopi keledar muncul dan melepaskan tembakan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal dalam satu kenyataan berkata, suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan pistol ke arah kedua-dua lelaki tersebut.

Tembakan dari jarak dekat itu mengakibatkan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian.

Menurut saksi, katanya, suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Satu task force (pasukan penyiasat) telah ditubuh untuk menyiasat kes ini. Masih terlalu awal untuk mendedah sebarang maklumat lanjut tentang perkembangan siasatan pada peringkat ini.

Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi tentang kes ini dan memberi ruang dan masa kepada polis menjalankan siasatan terperinci,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

  • oleh
  • Advertisement