Anda di sini

Wajib menang baki dua perlawanan

Advertisement
 Pemain Pahang R.Kogileswaran melayangkan badan untuk menjaringkan gol pertama ketika menentang Sarawak pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur. — Gambar Bernama
PEMUSNAH: Pemain Pahang R.Kogileswaran melayangkan badan untuk menjaringkan gol pertama ketika menentang Sarawak pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur. — Gambar Bernama

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak Pengiran Bala menegaskan pihaknya tidak mempunyai pilihan lain kecuali wajib menang pada baki dua perlawanan Liga Super di laman sendiri untuk membuka semula peluang kekal dalam saingan tahun depan.

Ia berikutan kekalahan ke- 11 skuad itu di tangan Pahang dengan jaringan 3-0 pada aksi berlangsung di Stadium Darul Makmur malam kelmarin.

“Pemain melakukan kesilapan tidak sepatutnya hingga memudahkan penyerang Pahang men- jaringkan tiga gol pada separuh masa pertama.

“Kita juga gagal mendapatkan momentum untuk mengekang asakan lawan serta mendapatkan jaringan pada babak pertama.

“Hanya pada separuh masa kedua kita berjaya menunjukkan kebangkitan dan mendapat beberapa percubaan baik namun disia-siakan oleh penyudah tidak menjadi,” katanya semalam.

Di sebalik rasa kecewa, Pengiran masih optimis akan peluang Sarawak untuk kekal dalam saingan tahun depan.

“Peluang Sarawak masih terbuka namun kita tidak mempunyai pilihan kecuali menang dalam dua perlawanan terakhir,” katanya.

Penyerang Pahang , Kogileswaran Raj meletakkan skuad Tok Gajah di depan selepas meledak gol pada minit ke-23.

Lima minit kemudian giliran pemain tengah Pahang, Christie Jayaselan menghukum kealpaan benteng Sarawak sebelum mencetak gol peribadi kedua pada minit ke-42.

Sarawak akan meneruskan kempen menentang Kedah pada 27 Sept embe r di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Skuad itu menutup kempen melayan kunjungan T-Team pada 28 Oktober juga di Stadium Negeri, Petra Jaya.

  • oleh
  • Advertisement