Anda di sini

Pemandu wanita cedera dilanggar kereta hilang kawalan

Advertisement

MIRI: Seorang wanita mengalami kecederaan apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Kuala Baram Bypass dekat sini malam kelmarin.

Kemalangan berlaku kira-kira pada jam 10 malam itu melibatkan dua kereta masing-masing sedang dari arah Permyjaya ke Tudan

Menurut sumber, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta lain secara tiba-tiba hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali.

Pemandu wanita tadi tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta yang hilang kawalan sebelumnya.

Akibat perlanggaran tersebut, pemandu wanita mengalami kecederaan manakala pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kereta kedua-duanya mengalami kerosakan yang teruk di bahagian hadapan ekoran dari kemalangan itu.

Orang awam melalui jalan tersebut terus menghubungi pasukan paramedik Hospital Miri untuk mendapatkan bantuan.

Ambulans tiba beberapa minit kemudian terus memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Difahamkan semasa kejadian, hujan turun dengan lebat di kawasan berkenaan.

Advertisement