Anda di sini

Kontraktor Hospital Petra Jaya kena denda lewat RM9 juta

Advertisement

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenakan Gantirugi Tetap (LAD) pada kadar RM89,506.85 sehari kepada kontraktor Hospital Petra Jaya mulai 10 Jun 2017 sehingga projek siap.

JKR menerusi kenyataan media memaklumkan pembinaan Hospital Petra Jaya sepatutnya siap pada 9 Jun 2017 sebagai satu kontrak, namun kontraktor gagal memenuhi tarikh siap sehingga kini dengan jumlah LAD dikenakan kepada kontraktor ialah RM9,219,205.55 (103 hari).

"Disebabkan kegagalan berterusan untuk menyelesaikan projek itu, JKR telah mengeluarkan Notis Untuk Tujuan Penamatan kepada kontraktor 7 Ogos 2017.

"Kontraktor bagaimanapun memaklumkan dengan komitmen mereka untuk menyiapkan projek menjelang 30 Jun 2018.

"Pada 10 Ogos 2017, Jawatankuasa Intervensi Projek Pembangunan Kebangsaan (NDPIC) memutuskan kepada kontraktor dibenarkan untuk meneruskan dan menyelesaikan kerja sehingga 30 Jun 2018," kata kenyataan itu.

JKR kini memantau dengan teliti perkembangan kerja terhadap kewangan bulanan seperti mana yang dijanjikan oleh kontraktor.
 

  • oleh
  • Advertisement