Anda di sini

Jerayawara ‘Lebih GA’ di Servay, King Centre

Advertisement
 (Dari kiri) Ho, penyelia jualan Choon Hua Trading Corporation Sdn Bhd Ten Sui Chow bersama kakitangan pasar raya Servay, Liew Mei Zhen dan Livian Tan menunjukkan produk formulasi baharu Anmum Materna, Lacta dan Essential sempena jerayawara ‘Lebih GA’ di pasar raya Servay, King Centre di Kuching.
FORMULASI BAHARU: (Dari kiri) Ho, penyelia jualan Choon Hua Trading Corporation Sdn Bhd Ten Sui Chow bersama kakitangan pasar raya Servay, Liew Mei Zhen dan Livian Tan menunjukkan produk formulasi baharu Anmum Materna, Lacta dan Essential sempena jerayawara ‘Lebih GA’ di pasar raya Servay, King Centre di Kuching.

KUCHING: Anmum Ma­terna, Lacta dan Essential kini mengadakan jerayawara ‘Lebih GA’ di pasar raya Servay, King Centre di sini bermula hari ini sehingga 21 September.

Menurut Eksekutif Jualan Kawasan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, Ho Kuok Ping, jerayawara tersebut adalah bersempena pelan­caran formulasi baharu un­tuk rangkaian produk susu tepung rumusannya.

Katanya, formulasi baharu Anmum Materna, Lacta dan Essential yang kini men­gandungi Nuelipid untuk tahap GA yang lebih tinggi bersama dengan DHA dan vitamin-vitamin serta min­eral-mineral lain amat penting untuk menyokong keperluan nutrisi ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak satu tahun ke atas.

“Jerayawara ini adalah ber­tujuan menyampaikan maklu­mat kepada ibu bapa tentang kepentingan pemakanan yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka,” katanya.

Sehubungan itu, wakil-wakil Anmum Materna, Lacta dan Essential akan berada di lokasi jerayawara dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam untuk memberikan maklu­mat lanjut tentang formulasi baharu tersebut.

Justeru, katanya ibu bapa adalah digalakkan untuk membawa bersama anak-anak kecil untuk menyertai aktiviti menyeronokkan selain boleh memperolehi hadiah percuma dengan pembelian produk.

Selepas di pasar raya Servay, jerayawara ‘Lebih GA’ akan diteruskan di lokasi terakhir, Emart Batu Kawa pada 29 September hingga 1 Okto­ber.

Advertisement