Anda di sini

Bangladesh gesa Myanmar ambil balik Rohingya

Advertisement
 Pelarian Rohingya yang kelaparan berebut makanan diagihkan oleh agensi bantuan kemanusiaan di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh, kelmarin. — Gambar Reuters
KELAPARAN: Pelarian Rohingya yang kelaparan berebut makanan diagihkan oleh agensi bantuan kemanusiaan di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh, kelmarin. — Gambar Reuters

DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah mengeluarkan seruan baharu agar Myanmar mengambil balik kira-kira 420,000 orang Islam Rohingya yang telah lari dari keganasan di negara yang didominasi penganut Buddha itu.

Hasina, yang bercakap kepada aktivis Bangladesh di New York di mana beliau menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), turut menuntut tekanan antarabangsa yang lebih kuat ke atas Myanmar berhubung krisis baharu yang berlaku sejak tiga minggu lepas, kata laporan media.

“Kami sudah memberitahu Myanmar, mereka adalah warga anda, anda mesti meng-ambil mereka balik, menjaga keselamatan mereka, menyediakan tempat perlindungan bagi mereka, penindasan dan penyeksaan tidak harus berlaku,” katanya pada satu mesyuarat lewat kelmarin di New York.

Perdana menteri itu berkata Bangladesh sedang menjalankan usaha diplomatik untuk memujuk Myanmar agar mengambil balik pelarian tersebut.

“Namun kerajaan Myanmar tidak menyahut seruan. Sebaliknya Myanmar memasang periuk api di sepanjang sempadan untuk menghalang kepulangan orang Rohingya ke tanah air mereka,” kata-nya

Pemimpin hakiki Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkata dalam satu ucapan beberapa jam sebelum itu bahawa negara itu akan meng-ambil balik pelarian yang disahkan.

Myanmar menganggap pendatang tanpa izin Rohingya sebagai dari Bangladesh dan enggan memberi kerakyatan kepada mereka, walaupun ramai yang sudah tinggal di sini selama berdekad-dekad.

Pada satu mesyuarat negara-negara Islam dalam acara sampingan kepada Perhimpunan PBB, Hasina berkata Yangon menerajui kempen propaganda yang ditaja oleh kerajaan untuk memanggil orang Rohingya sebagai ‘Bengali’, dan menambah mereka mesti diberi kerakyatan Myanmar.

Hasina mencari “bantuan kemanusiaan segera” dari negara-negara Islam untuk menangani kemasukan orang Rohingya yang lari daripada apa yang beliau sebut sebagai “pembersihan etnik”, agensi berita BSS melaporkan.

“Ia adalah malapetaka manusia yang begitu meme-ritkan. Saya sudah melawat mereka dan mendengar cerita tentang penderitaan mereka yang serius, khususnya wanita dan kanak-kanak,” katanya.

“Saya mahu anda semua datang ke Bangladesh dan mendengar daripada mereka tentang kekejaman di Myanmar,” katanya.

Majoriti pelarian adalah wanita dan kanak-kanak.

Sementara Bangladesh telah mendapat pujian antarabangsa kerana membuka pintu negara kepada orang Rohingya, agensi bantuan telah memberi amaran tentang krisis kemanusiaan yang semakin serius manakala pihak berkuasa berdepan dengan kesukaran untuk malah me-nyediakan kemudahan asas bagi pendatang baharu.

Seramai 420,000 pelarian yang kini tinggal di pusat perlindungan sementara di sekitar bandar sempadan Cox’s Bazar sudah ditambah kepada kira-kira 300,000 orang Rohingya yang me-masuki kem-kem di wilayah tersebut ekoran gelombang keganasan sebelum ini di Myanmar. — AFP

Advertisement