Anda di sini

Selepas Irma, Maria pula membadai ganas

Advertisement

Satu lagi hurikan kategori 5 terbentuk bersama angin kuat dan ombak ribut di Caribbean

 Maria mara dengan kekuatan maksimum kategori 5 ke Kepulauan Virgin dan Puerto Rico kelmarin setelah membadai Dominica manakala Hurikan Jose (atas) turut kelihatan di Lautan Atlantik dalam imej satelit GOES East NOAA yang dirakam pada jam 9.45 malam waktu tempatan kelmarin. — Gambar Reuters
MENGGANAS: Maria mara dengan kekuatan maksimum kategori 5 ke Kepulauan Virgin dan Puerto Rico kelmarin setelah membadai Dominica manakala Hurikan Jose (atas) turut kelihatan di Lautan Atlantik dalam imej satelit GOES East NOAA yang dirakam pada jam 9.45 malam waktu tempatan kelmarin. — Gambar Reuters

SAN JUAN: Hurikan Maria, ribut kekuatan maksimum kedua di Caribbean bulan ini, membadai St. Croix, salah satu Kepulauan Virgin Amerika Syarikat (AS) semalam sebelum menuju ke Puerto Rico bersama angin kuat dan ombak ribut berbahaya.

Sekurang-kurangnya seorang maut di Guadeloupe dan negara pulau kecil Dominica pula mengalami kemusnahan.

Ribut membadai hanya beberapa hari selepas wilayah itu dibadai Hurikan Irma yang merupakan antara ribut paling kuat Atlantik dalam sejarah dan meninggalkan kesan kemusnahan di beberapa kepulauan Caribbean.

Maria, ribut jarang ditemui kategori 5 pada kemuncak skala lima peringkat Saffir-Simpson, membawa angin berkekalan sekuat 270 kilometer sejam (kmsj) dengan tiupan lebih tinggi, menurut Pusat Hurikan Negara (NHC).

Ketika berada pada kedudukan 32 kilometer barat daya St. Croix setakat jam 1 pagi semalam, tembok luarnya membadai pulau itu dengan angin berkekalan sekuat 145 kmsj, menurut NHC.

Maria diunjur ribut terburuk membadai St. Croix, di mana kira-kira separuh daripada 103,000 populasi Virgin tinggal, sejak ribut kategori 4 Hugo mencetuskan bencana pada 1989.

Ramai penduduk Virgin melarikan diri ke pusat perlindungan sementara sekitar tengah hari kelmarin seetlah Gabenor Kenneth Mapp memberi amaran nyawa mereka terancam.

Anda kehilangan nyawa sebaik sahaja anda mulai memikirkan cara menjimat-kan sedolar dua untuk meng-hentikan sesuatu daripada pecah, terbakar atau remuk.

Satu-satunya perkara yang penting sekarang adalah keselamatan anda, anak-anak dan keluarga anda, jadi lupakan yang lain,” tegas beliau.

Maria merentasi Puerto Rico semalam dan sekadar melepasi utara pantai timur laut Republik Dominica pada malam semalam dan hari ini, menurut NHC.

Awal bulan ini, Irma memusnahkan beberapa pulau kecil termasuk Barbuda serta pulauVirgin St. Thomas dan St. John, menyebabkan kerosakan besar-besaran di Cuba dn Florida, sekali gus menyebabkan 84 maut di Caribbean dan tanah besar AS.

Maria dijangka hurikan paling kuat membadai Puerto Rico dalam sejarah hampir 90 tahun, kemungkinan kategori 4 atau 5 apabila ia mendarat, menurut NHC.

Penurunan kekuatan dijangka selepas hurikan muncul di utara Atlantik Puerto Rico dan Republik Dominica, tambahnya.

Puerto Rico, wilayah AS dengan kira-kira 3.4 juta penduduk, mengelak hempasan langsung Irma tetapi tetap menyebabkan gangguan bekalan elektrik meliputi 70 peratus pulau tersebut dan menyebabkan tiga maut.

Maria dijangka membawa bencana lebih buruk.

Kira-kira 150 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang antarabangsa utamanya pagi semalam, menurut perkhidmatan FlightAware.com.

Maria membadai Dominica, negara bergunung-ganang dengan 72,000 penduduk, lewat Isnin lalu sekali gus menyebabkan kemusnahan dahsyat.

Angin menerbangkan bumbung rumah hampir setiap orang yang saya hubungi,” kata Perdana Menteri Roosevelt Skerrit dalam Facebook lantas mengakui rumahnya turut terjejas.

Menurut beliau, usaha kini memfokus kepada menyelamat mangsa yang mungkin terperangkap dan mendapatkan bantuan perubatan untuk mangsa cedera.

Utara Dominica, wilayah pulau Perancis Guadeloupe didapati paling teruk terjejas.

Daerah itu menyatakan seorang mati ditimpa pokok dan dua lagi hilang setelah kapal mereka karam.

Bumbung rumah tercabut, jalan raya disekat pokok tumbang, 80,000 isi rumah terputus bekalan elektrik dan banjir melanda beberapa kawasan pesisiran pantai selatan.

Rakaman video majlis daerah menunjukkan angin kuat menyebabkan pokok melengkung dan tiang lampu bergoyang di sepanjang jalanan lengang. — Reuters

Advertisement