Anda di sini

Kuching diselubungi jerebu

Advertisement

KUCHING:  Beberapa kawasan di Sarawak khasnya bandar raya Kuching mengalami keadaan sedikit jerebu bermula petang hari ini.

Keadaan itu disahkan Kontroler Kualiti Alam Sekitar NREB Peter Sawal yang menyatakan keadaan berkenaan disebabkan beberapa aktiviti pembakaran dari negara jiran.

"Terdapat beberapa titik panas dari negara jiran, iaitu Kalimantan dan perkara ini berlaku disebabkan arah tiupan angin ke negeri ini.

"Disebabkan itu Sarawak dijangka akan mengalami keadaan cuaca sedikit berjerebu dalam masa dua tiga hari akan datang," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, petang tadi.

Jelasnya, aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku itu bukan sahaja berdekatan dengan sempadan bahkan dari Pontianak.

Sementara itu menurut laporan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) laman sesawang Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Sarawak setakat jam 5 petang, semalam menyaksikan semua bahagian dalam keadaan IPU Baik iaitu dibawah IPU 50.

Limbang mencatatkan IPU 12, ILP Miri (15), Samalaju (23), Bintulu (20), Mukah (21), Kapit (20), Sibu (22), Sarikei (25), Sri Aman (41), Samarahan (29) dan Kuching (30).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Beberapa tompok panas yang dikesan di Kalimantan pada jam 6.00 petang hari ini. - Sumber Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Beberapa tompok panas yang dikesan di Kalimantan pada jam 6.00 petang hari ini. - Sumber Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Arah tiupan angin dari Kalimantan yang membawa jerebu ke bahagian selatan Sarawak hari ini. - Sumber Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Arah tiupan angin dari Kalimantan yang membawa jerebu ke bahagian selatan Sarawak pada jam 6.00 petang hari ini. - Sumber Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
  • oleh
  • Advertisement