Anda di sini

Dipenjara 20 bulan memiliki barangan curi

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 25 tahun dikenakan penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki barangan curi.

Chong Chee Vui dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan ialah penjara selama lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh memiliki sebuah dekoder, komputer riba dan dua set kunci kereta yang diketahuinya sebagai harta curi, pada 4 Julai jam 10.15 pagi di sebuah rumah, Taman Nelly, Kelombong, di sini.

Mengikut fakta kes, pada 30 Jun pengadu membuat laporan polis mengenai rumahnya di Telipok dimasuki pencuri.

Bertindak berdasarkan maklumat, tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian terbabit.

Semasa rayuan, Chong yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringankan.

Namun Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin meminta hukuman yang setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap.

Advertisement