Anda di sini

AirAsia tawar tambang istimewa untuk laluan baharu Johor Bahru-Macau

Advertisement

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan tambang promosi sehala termasuk semua daripada RM129 dari Johor Bahru ke Macau di airasia.com mulai sekarang hingga 1 Oktober 2017 bagi perjalanan antara 28 November 2017 hingga 21 November 2018.

Dalam satu kenyataan semalam, AirAsia berkata, laluan baharu Johor Bahru-Macau yang akan beroperasi setiap hari itu adalah laluan ke-16 dari Johor Bahru dan laluan antarabangsa ketujuh dari hab berkenaan.

Ketua Komersial Spencer Lee berkata, laluan Johor Bahru-Macau adalah sebahagian pelan jangka panjang untuk mengembangkan hab Johor Bahru sebagai hab serantau dan pintu masuk untuk pelancong perniagaan dan pelabur dari China ke selatan Malaysia.

Selain Macau, kami telah memperkenal beberapa laluan baharu dari Johor Bahru tahun ini seperti Johor Bahru-Kuala Terengganu, Johor Bahru-Langkawi dan baru-baru ini Johor Bahru-Kolkata sebagai bukti komitmen kami bagi mengukuhkan hab tersebut,” katanya.

Promosi berkenaan juga boleh didapati melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android serta laman mobile.airasia.com. — Bernama

Advertisement