Anda di sini

Air Selangor kesan tapak pembinaan lakukan sambungan air secara haram

Advertisement
 Loh (kiri) menunjukkan sambungan paip haram di sebuah tapak pembinaan di Lot 15858 Rawang di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
SAMBUNGAN HARAM: Loh (kiri) menunjukkan sambungan paip haram di sebuah tapak pembinaan di Lot 15858 Rawang di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

RAWANG: Sebuah tapak pembinaan rumah teres di sini dikesan melakukan sambu-ngan bekalan air secara haram yang mengakibatkan kerugi-an kira-kira RM163,300 kepada pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Pengurus Besar Komuni-kasi Korporat Air Selangor Siti Zubaidah Zakaria ber-kata, pihaknya telah menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai kes tersebut sejak sebulan lalu.

Berdasarkan siasatan, kawasan itu dahulunya merupakan kawasan pembinaan 72 buah rumah teres dua dan tiga tingkat yang terbengkalai.

Namun, projek tersebut telah pun diambil alih oleh kontraktor lain dan mereka (kontraktor) tidak membuka sebarang akaun dengan Air Selangor,” katanya dalam satu sidang media, di sini semalam.

Air Selangor semasa serbuan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) ke atas pemaju perumahan itu dengan memotong sambungan haram yang telah dilakukan.

Notis pemberitahuan kesalahan dan tindakan pe-nguatkuasaan telahpun dikeluarkan oleh Air Selangor untuk tuntutan ganti rugi kehilangan air yang diguna-kan secara tidak sah,” kata Eksekutif Kanan Komunikasi dan hal Ehwal Pengguna SPAN, Loh Pit Mui.

Menurut Loh, SPAN juga telah menerima 4,043 kes penyambungan bekalan air tidak sah dari 1 Jan sehingga 19 Sept yang telah mengakibatkan kerugian kepada Air Selangor.

SPAN turut memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kes yang disyaki melakukan kecurian kepada Bahagian Penguatkuasaan SPAN di talian 03-83179333 atau e-mel ke [email protected]. — Bernama

Advertisement