Anda di sini

84 penerjun antarabangsa sah sertai Sibu BASE Jump 2017

Advertisement
 Hii bersama peserta Sibu BASE Jump 2017.
SEDIA UNTUK TERJUNAN: Hii bersama peserta Sibu BASE Jump 2017.

SIBU: Seramai 84 penerjun dari 17 negara telah mengesahkan penyertaan mereka pada Sibu BASE Jump 2017 yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 September ini di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

 Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee berkata, daripada 84 penerjun itu, empat penerjun dari Malaysia sementara selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jerman, Rusia, Poland dan beberapa negara lain.

 “Penyer taan kal i ini merupakan yang terbesar sejak acara BASE Jump dianjurkan pada tahun 2009. Pada tahun lepas, kita berjaya menarik lebih 50 penerjun,” ujarnya pada satu sidang media dan sesi taklimat di sebuah hotel di sini, petang semalam.

 Taklimat disampaikan Presiden Persatuan BASE Jump Australia Gary Cunningham.

 Hadir sama Presiden Persatuan BASE Jump Malaysia, Kapten (B) A. Aziz Ahmad.

 Menurut Hii, Sibu BASE Jump pada tahun ini agak unik kerana dianjurkan sempena dengan Tahun Melawat Sibu 2017 yang menyaksikan banyak aktiviti berkaitan pelancongan dijalankan.

 Beliau berkata, simbolik perasmian Sibu BASE Jump akan diadakan pada 21 September di pentas Dataran Bandar Sibu Fasa I dengan upacara ‘miring’ pada jam 8 pagi, diikuti dengan terjunan percubaan.

 Perasmian akan dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King.

 Menyentuh mengenai peserta pada tahun ini, Hii berkata peserta termuda berusia 23 tahun iaitu Edward Rodat sementara paling tua berusia 60 tahun iaitu Aziz Ahmad.

 “Pada tahun ini, lapan penerjun wanita turut mengambil bahagian,” katanya sambil menambah peserta akan membuat terjunan dari Wisma Sanyan setinggi 126 meter.

 Sementara menurut Cunningham, jumlah keseluruhan terjunan yang dibuat peserta pada tahun lepas adalah lebih kurang 1,500 terjunan.

 “Pada tahun ini, kita mensasarkan setiap peserta akan melakukan purata 80 terjunan dalam masa tiga hari,” ujarnya.

Advertisement