JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan 22 orang lewat kelmarin selepas sekumpulan orang ramai bertempur ganas dengan polis dalam protes antikomunis di bandar utama Jakarta.
Kerajaan Presiden Joko Widodo telah cuba untuk membetulkan penghapusan antikomunis berdarah pada 1965, salah satu zaman kegelapan dalam sejarah negara, namun ketegangan kekal sepanjang penyingkiran di mana dianggarkan 500,000 terkorban.
“Orang ramai tidak boleh melaksanakan undang-undang dengan tangan mereka sendiri, mereka mesti merujuk kepada pihak penguatkuasaan undang-undang,” tegas Widodo menyatakan selepas pertempuran tersebut.
Fahaman komunisme diharamkan di Indonesia dan mana-mana pihak yang menyokong dilayan penuh kecurigaan dan disisihkan.
Lima anggota polis cedera dalam perbalahan ketika sekumpulan kira-kira 200 berkumpul di luar Yayasan Bantuan Perundangan yang mengadakan seminar mengenai pembunuhan 1965 pada hujung minggu.
Para penunjuk perasaan melontar batu dan botol air manakala polis melepaskan meriam air dan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai, menurut media.
Para aktivis menyeru pihak berkuasa mengawal acara sebegitu dan meminta orang awam melihat sejarah dari pandangan kritikal.
“Sikap menindas dan membenarkan anarkis untuk mengancam hak asasi orang lain akan melumpuhkan demo-krasi kita,” tegas suruhanjaya hak asasi manusia.
Kebangkitan antikomunis bermula lewat 1965 selepas jeneral ketika itu Suharto dan pihak tentera memegang kuasa selepas rampasan kuasa komunis yang dibatalkan.
Sejuta atau lebih dipenjarakan kerana disyaki anggota komunis.
Kerajaan selepas Suharto enggan menerima anggaran kematian dan mengelak daripada memohon maaf.
Tentera yang dituduh aktivis terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia yang teruk semasa kebangkitan 1965, mengecam sebarang usaha penyatuan semula.
Ketua tentera Gatot Nur-mantyo tahun ini mengarahkan sebuah filem propaganda era-Suharto ditayangkan kepada anggota tentera di seluruh negara sempena ulang tahun rampasan kuasa yang gagal pada 30 September, 1965, malam sebelum keganasan berlaku. — Reuters