Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah guna dadah berbahaya

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menggunakan dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Nicholas Hwang Kee Wei mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.10 petang, 8 Mei tahun ini di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement