Anda di sini

Lelaki dicekup ketika jual nombor ekor haram

Advertisement

LIMBANG: Padah menimpa seorang lelaki yang menjalankan kegiatan penjualan nombor ekor haram secara sembunyi apabila diberkas polis di depan kedai makan di Jalan Buangsiul di sini, baru-baru ini.

Suspek, 31, ditahan sekitar jam 1.21 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, ketika tangkapan suspek dipercayai sedang menjalankan operasi menjual nombor ekor haram kepada pelanggannya.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya digagalkan dengan penangkapan suspek di kawasan terbabit.

“Turut dirampas wang tunai RM110, telefon bimbit serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan sama,” katanya kepada media semalam.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953.

Advertisement