Anda di sini

Guru disyaki rogol pelajar ditahan

Advertisement
 

KUCHING: Seorang guru didakwa merogol pelajar berusia 14 tahun di dalam kereta di suatu kawasan terpencil di Siburan ditangkap semalam untuk siasatan lanjut.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek, 51 tahun itu ditangkap di rumahnya di Tapah, dekat sini sekitar jam 7 malam selepas laporan polis dibuat oleh ibu gadis terbabit di Balai Polis Siburan.

"Ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa cikgu terbabit mengambil kesempatan terhadap anaknya dan turut melakukan hubungan seks sebanyak dua kali di dalam kereta di kawasan terpencil di Siburan.

"Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh seorang guru di sekolah tempat mangsa bersekolah," kata Dev dalam satu kenyataan tadi.

Bertindak kepada laporan yang dibuat ibu mangsa, sepasukan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan terus menangkap suspek dan turut menyita keretanya untuk ujian forensik.

"Suspek akan dipohon reman di Mahkamah Kuching pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sebagai kes rogol," jelas Dev.

  • oleh
  • Advertisement