Anda di sini

Festival Filem Jepun di GSC CityONE Megamall, Kuching mulai esok

Advertisement
 Acara pembukaan rasmi yang akan diadakan di GSC CityONE pada petang ini dijangka akan menayangkan filem ‘Her Love Boils Bathwater’ arahan Nakano Ryota.
TAYANGAN PERDANA: Acara pembukaan rasmi yang akan diadakan di GSC CityONE pada petang ini dijangka akan menayangkan filem ‘Her Love Boils Bathwater’ arahan Nakano Ryota.

PEMINAT filem Jepun di Kuching sekali lagi berpeluang menonton pelbagai genre filem negara matahari terbit itu yang akan ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) CityONE Megamall bersempena Festival Filem Jepun 2017 (JFF’17) mulai esok (21 September) sehingga Ahad ini (24 September).

Pada petang ini, satu acara pembukaan rasmi akan diadakan di GSC CityONE dengan tetamu kehormat yang dijangka hadir adalah Setiausaha Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

JFF’17 anjuran Yayasan Jepun Kuala Lumpur (JFKL) yang kini memasuki edisi ke-14 dan kali ke-6 diadakan di Kuching membuka tirainya di Klang Valley pada 7 hingga 13 September di GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC Pavilion KL, dan GSC NU Sentral.

Pulau Pinang (GSC Gurney Plaza pada 14–17 September) merupakan bandar raya seterusnya, diikuti Kuching (GSC CityONE Megamall pada 21 hingga 24 September) sebelum diakhiri di Kota Kinabalu (GSC Suria Sabah pada 29 September hingga 2 October).

Menampilkan filem-filem terlaris, magnet trofi, dokumentari membuka mata, adaptasi manga yang sangat dinanti-nantikan, pameran perdana negara untuk pawagam Jepun yang baru menjanjikan pengalaman budaya yang benar-benar mendalam bagi para penonton dari semua peringkat umur dan cita rasa.

Semua filem ditayangkan dalam Bahasa Jepun dengan sarikata Bahasa Inggeris.

Tiket untuk JFF’17 dijual pada harga RM8 (termasuk 6% GST) kecuali untuk ‘Midnight Diner 2’ dan ‘Tsukiji Wonderland’ pada harga tiket semasa.

Tiket untuk semua tayangan (Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu) boleh dibeli menerusi kaunter tiket GSC, e-bayaran GSC dalam gsc.com.my atau aplikasi mudah alih GSC.

Bagi senarai penuh untuk sinopsis filem, masa tayangan dan keterangan am boleh didapati di jfkl.org.my dan gsc.com.my.

Advertisement