Anda di sini

Protes ganas di St. Louis berlarutan

Advertisement

Kerosakan harta benda, kekacauan timbulkan kebimbangan keselamatan

 Para penunjuk perasaan berpura-pura mati pada hari ketiga demonstrasi mengecam keputusan mahkamah dalam kes tembak Smith oleh bekas pegawai polis Stockley di luar ibu pejabat polis di St. Louis, Missouri kelmarin. — Gambar Reuters
MASIH TEGANG: Para penunjuk perasaan berpura-pura mati pada hari ketiga demonstrasi mengecam keputusan mahkamah dalam kes tembak Smith oleh bekas pegawai polis Stockley di luar ibu pejabat polis di St. Louis, Missouri kelmarin. — Gambar Reuters

CHICAGO: Penunjuk perasaan melontar puing ke arah polis di St Louis, Missouri kelamrin dan memecah tingkap kedai apabila demonstrasi berhubung pembebasan seorang bekas anggota polis dalam kejadian tembakan yang membunuh seorang lelaki berkulit hitam bertukar ganas bagi hari ketiga berturut-turut.

Ratusan penunjuk perasaan terdahuulu melancarkan demonstrasi berpura-pura mati di pekaranga ibu pejabat polis dan berarak menerusi St Louis sebelum mereka kembali ke ibu pejabat.

Demonstrasi aman bertukar ganas pada dua malam sebelum itu, dan bandar raya itu tegang sejak pembebasan bekas anggota polis berkulit putih Jason Stockley pada Jumaat lepas.

Kumpulan rock legenda U2 dan bintang pop Ed Sheeran membatalkan konsert yang dijadualkan pada hujung minggu lepas di St Louis, dengan menyatakan polis telah menasihatkan mereka bahawa keselamatan tidak dapat dijamin.

Tanda pertama keganasan selepas protes aman kelmarin adalah tweet polis bahawa sebuah kumpulan melontar puing ke arah anggota polis selepas trafik dihentikan dekat ibu pejabat polis.

Pemberita akhbar St Louis Post-Dispatch di lokasi melaporkan sejurus selepas itu bahawa pelaku musnah memecah tingkap kedai, menyerang premis perniagaan kecil dan sebuah restoran.

Protes kini huru-hara, orang ramai bertempiaran lari dikejar polis bermotosikal,” menurut Mike Faulk, wartawan Post-Dispatch di tempat kejadian.

Sekurang-kurangnya 35 orang sudah ditangkap sejak Jumaat lepas, dan 11 anggota polis dilaporkan cedera dalam pertelingkahan dengan penunjuk perasaan yang melontar batu.

Stockley menembak mati Anthony Lamar Smith, seorang lelaki berkulit hitam, pada 2011 setelah satu kejadian kejar-mengejar kereta yang menyusuli satu cubaan untuk menangkap Smith kerana disyaki mengedar dadah.

Stockley mendakwa dia menembak Smith untuk mempertahankan diri, tetapi dia dirakamkan oleh video kamera dalam kereta sebagai memberitahu rakannya, Brian Bianchi, “saya akan bunuh (kata kesat) ini, jangan kamu tak tahu”.

Pendakwa mengenakan tuduhan melakukan pembunuhan darjah pertama pada 2016, dengan dakwaan bahaa kenyataan Stockley menunjukkan ia dirancang awal dan dia meletakkan sepucuk pistol perak di dalam kereta Smith.

Namun Hakim Timothy Wilson membebaskan Stockley, kerana mendapati bukti mengenai pistol tersebut, selain komen anggota polis itu dalam rakaman, tidak memberi sebab yang memadai untuk mensabit kesalahan.

Dalam temu ramah dengan St Louis Post-Dispatch, Stockley berkata dia faham bagaimana video tersebut mungkin kelihatan teruk pada pandangan penyiasat dan orang ramai.

Saya faham apa yang dilalui keluarganya, dan saya tahu semua mahukan seseorang untuk dipersalahkan tetapi saya bukan orangnya,” katanya. — AFP

Advertisement