Anda di sini

Perarakan bantah pembunuhan wanita di Mexico

Advertisement
 Gabriela Miranda (tengah) dan Karen Castilla Miranda (kanan), masing-masing ibu dan adik Castilla, menyertai protes di Xalapa, negeri Veracruz kelmarin. — Gambar AFP
SEDIH: Gabriela Miranda (tengah) dan Karen Castilla Miranda (kanan), masing-masing ibu dan adik Castilla, menyertai protes di Xalapa, negeri Veracruz kelmarin. — Gambar AFP

KOTA MEXICO: Ribuan wanita berarak kelmarin melalui Kota Mexico, menuntut keadilan dalam kes seorang wanita muda yang telah diculik dan dibunuh.

Ini bukan salah kamu, Mara,” tertulis pada papan tanda yang dibawa seorang peserta perarakan, menolak cubaan untuk mengalihkan kesalahan terhadap mangsa, Mara Castilla, 19, kerana keluar bersendirian pada waktu malam.

Mayat Castilla ditemui Jumaat lepas di daerah berhampiran Puebla, seminggu selepas keluar dari kelab malam dan menaiki kenderaan persendirian.

Pendakwa raya menyatakan pemandu telah menculik mangsa dan membawanya ke hotel, di mana dia telah menyerangnya secara seksual, mencekik dan memukulnya sehingga mati sebelum membuang mayatnya di kawasan berhampiran hotel.

Para penunjuk perasaan berarak dari Zocalo di Kota Mexico, atau plaza pusat, ke Pejabat Peguam Negara di mana mereka melakukan persembahan mengecam pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan ketika berdepan keganasan terhadap wanita.

Kami hidup dalam ketakutan dan itu adalah satu realiti,” menurut Pixie, 27, seorang guru menutup mukanya dengan topeng luncur merah jambu ketika membangkitkan kelemahan yang dialami ramai wanita.

Edgar Arriaga, seorang pelajar sosiologi berusia 22 tahun, mengkritik apa yang beliau katakan sebagai “menjenayahkan wanita.”

Ia kelihatan tidak adil bagi saya untuk menyatakan sebegitu kerana anda keluar pada waktu malam, kerana kamu suka berparti, atau sesuatu seperti itu, itu adalah satu justifikasi bagi pembunuhan.”

Pembunuhan Castilla yang ke-83 melibatkan mangsa wanita yang didokumentasikan di Puebla tahun ini oleh organisasi sivik dan yang ke-59 diketahui Peguam Negara. — AFP

Advertisement