Anda di sini

Midnight Stranger kembali gegarkan Bau, 11 Nov depan

Advertisement
Poster
Poster

KUCHING: Atas permintaan para peminat, kumpulan rock Midnight Stranger akan kembali menganjurkan konsert rock pada 11 November ini di Dewan Suarah Bau.

Lebih hebat, konsert kali kedua ini akan turut menampilkan penyanyi rock terkenal tanahair iaitu Bandi Amuk.

Menurut ketua band Midnight Stranger, Helmi yang lebih dikenali sebagai Lelek, mereka kembali menganjurkan konsert ini atas permintaan ramai daripada para peminat terutama peminat rock.

Kita telah mengadakan konsert rock buat pertama kalinya pada bulan dan tempat yang sama tahun lepas dan ternyata ia diterima baik oleh para peminat.

Melihat kepada sambutan yang di luar jangkaan ini, maka tahun ini kami sekali lagi akan menggegarkan pentas Dewan Suarah Bau dengan muzik-muzik rock hebat sepanjang zaman,” katanya.

Meskipun Midnight Stranger tidak pernah merakamkan atau mengeluarkan album serta lagu sendiri, namun band ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik tempatan khususnya Bidayuh.

Kumpulan band ini sering diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis keramaian dan pesta ria di sekitar bandar raya ini, Bau dan Lundu.

Malah band ini juga sering diundang untuk mengiringi persembahan artis tempatan dan dari Semenanjung Malaysia pada acara konsert dan pertunjukan pentas di negeri ini.

Mengulas mengenai konsert pada malam itu nanti, Midnight Stranger akan mempersembahkan muzik serta lagu-lagu rock dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang terkenal sekitar era 90an hingga kini.

Tiket meja bagi menyaksikan konsert ini dijual pada harga RM450 bagi setiap meja dengan kapasiti 10 orang dan terhad kepada 70 buah meja sahaja.

Band ini dianggotai oleh Nickson (bass), Belmeda (vokal), Lelek (gitar utama), Kojek (keyboard) dan Milan (gitar).  

  • oleh
  • Advertisement