Anda di sini

TPM lawat SMK Rosli Dhoby, Sibu

Advertisement

SIBU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan kunjungan seharinya ke Sibu dengan melawat asrama lelaki SMK Rosli Dhoby yang diklasifikasikan daif pagi ini.

Ahmad Zahid tiba di pekarangan Kolej Vokasional Sibu yang terletak bersebelahan sekitar jam 9.45 pagi dengan diiringi oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelididikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin Jawong serta timbalannya Dr Annuar Rapee.

Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Negeri, Rakayah Madon dan Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

Para pelajar sedang beramah mesra dengan Ahamad Zahid di kantin sekolah SMK Rosli Dhoby.
Para pelajar sedang beramah mesra dengan Ahamad Zahid di kantin sekolah SMK Rosli Dhoby.
Ahmad Zahid bersalam dengan pelajar semasa mengadakan kunjungan ke SMK Rosli Dhoby pagi tadi
Ahmad Zahid bersalam dengan pelajar semasa mengadakan kunjungan ke SMK Rosli Dhoby pagi tadi

Selain asrama lelaki, beliau turut melawat bangunan asrama perempuan sekolah menengah berkenaan.

Kunjungan beliau kemudian diteruskan ke salah sebuah bangunan empat tingkat sekolah SMK Rosli Dhoby yang telah dikosongkan.

Pengosongan itu dibuat selepas bangunan tersebuh disahkan sebagai tidak selamat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu turut berkesempatan bersarapan bersama pelajar di kantin sekolah terbabit.

Para guru dan pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama dan juga berswafoto.

Selepas hampir sejam di sekolah berkenaan Ahmad Zahid meneruskan lawatannya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Salim.

Ahmad Zahid kemudiannya dijadualkan mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Sibu dan bertolak ke Kuala Lumpur tengah petang ini.

  • oleh
  • Advertisement