Anda di sini

Suruhanjaya hak asasi manusia Filipina disasari

Advertisement
 Gambar fail 22 Ogos, 2016 menunjukkan Gascon (kanan) mengangkat sumpah pada permulaan inkuiri Senat mengenai siri pembunuhan tanpa perbicaraan di Manila. — Gambar AFP
DISASARI: Gambar fail 22 Ogos, 2016 menunjukkan Gascon (kanan) mengangkat sumpah pada permulaan inkuiri Senat mengenai siri pembunuhan tanpa perbicaraan di Manila. — Gambar AFP

MANILA: Penggubal undang-undang Filipina mengundi untuk mengurangkan pembiayaan tahunan bagi suruhanjaya hak asasi manusia kepada hanya AS$20 (RM90) dan mendakwa Ketua Hakim Mahkamah Agung sebagai respons kepada siasatannya ke atas perang dadah berdarah Presiden Rodrigo Duterte, kata pihak berkuasa semalam.

Duterte secara langsung mengaitkan undi malam kelmarin untuk mengurang-kan peruntukan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia kepada 1,000 peso semasa pembentangan rang undang-undang bajet negara 3.8 trilion peso (RM323 juta) yang diluluskannya pada bacaan kedua lewat kelmarin, dengan siasatan dan kritikan pengerusinya terhadap kempen antidadah.

Dia memang mencari masalah. Mereka hanya memberikannya 1,000 peso kerana Kongres telah marah,” kata Duterte kepada wartawan lewat kelmarin, merujuk kepada pengerusi suruhanjaya Jose Gascon.

Ini membawa kita pada laluan yang langsung ke arah pemerintahan diktator,” Senator Francis Pangilinan, pemimpin Parti Liberal, kumpulan pembangkang utama di negara itu, menyebut dalam satu kenyataan semalam.

Suruhanjaya itu merupakan satu daripada beberapa badan kerajaan bebas yang ditubuhkan oleh perlembagaan Filipina untuk mengimbangi kuasa bahagian eksekutif, yang mengawal pasukan tentera dan pasukan polis negara.

Badan itu telah menyiasat beberapa kematian daripada lebih 3,800 suspek narkotik yang dibunuh oleh polis dan agensi penguatkuasaan dadah lain dalam apa yang mereka gambarkan sebagai operasi yang sah.

Mahkamah Agung adalah satu lagi penjaga di mana sekutu Duterte dalam jawatankuasa kehakiman Dewan Rakyat semalam turut mengundi untuk mendakwa ketua Hakim Maria Lourdes Sereno, seorang lagi pengkritik perang dadah, selepas menentukan dakwaan rasuah terhadapnya berasas.

Sereno menulis kepada Duterte tahun lepas meluahkan kebimbangannya menamakan tujuh hakim sebagai terlibat dalam dagangan dadah kerana ia akan membahayakan nyawa mereka.

Duterte mengancam pengumuman undang-undang tentera jika Sereno terus campur tangan dalam perang dadahnya.

Rang undang-undang bajet perlu diluluskan secara berasingan oleh Senat, dan Pangilinan berikrar untuk menyekat versi Dewan.

Kami tidak akan membe-narkan ia diluluskan Senat walaupun ini bermakna bajet 2018 tidak akan diluluskan,” kata Pangilinan.

Senator Bebas Panfilo Lacson, bekas ketua polis Filipina, memberitahu radio DZMM dalam temu ramah bahawa versi Senat bagi rang undang-undang bajet itu mengesyorkan 678 juta peso bagi suruhanjaya. — AFP

Advertisement