Anda di sini

STA sampaikan sumbangan lebih RM1 juta kepada pertubuhan kebajikan.

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) hari ini menyampaikan sumbangan lebih RM1 juta kepada 19 pertubuhan kebajikan dan sosial.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kehormat STA Dato Henry Lau diadakan di sini.

"Saya berharap majlis hari ini memberi kesedaran bahawa terdapat orang memerlukan dalam masyarakat kita menunggu bantuan kami," kata Henry.

Tun Taib menyampaikan replika cek sumbangan kepada penerima sambil disaksikan Lau (dua kiri), Awang Tengah serta tetamu jemputan lain pada majlis penyampaian sumbangan hari ini.
Tun Taib menyampaikan replika cek sumbangan kepada penerima sambil disaksikan Lau (dua kiri), Awang Tengah serta tetamu jemputan lain pada majlis penyampaian sumbangan hari ini.

Lau ketika berucap berkata, industri perkayuan dan hutan mengiktiraf kepentingan tanggungjawab sosial kerana tanpa meningkatkan taraf hidup warga negeri dan alam sekitar, mana-mana organisasi seolah-olah sekadar mesin 'tamak'.

Sementara itu antara penerima sumbangan semalam Pusat Perkhidmatan Warga Tua Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching, Persatuan Orang-orang Pekak Sarawak, Sarawak Chesire Home, Persatuan Autisme Kuching, Persatuan Diabetes Malaysia cawangan Sarawak, Persatuan Kanser Kanak-kanak Sarawak serta Yayasan Jantung Sarawak, Kuching yang masing-masing menerima sumbangan RM50,000.

Turut menerima sumbangan masing-masing RM50,000 ialah Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak, Kelab Rekreasi dan Sosial, Jabatan Hutan Sarawak (FORESSA), Persatuan Kebajikab Islam, Jabatan Hutan Sarawak (PERKIJAB), Kelab Peminat P.Ramlee Kuching dan Pertubuhan Sahabat Pencinta Elmu Kuching.

Manakala sumbangan RM70,000 masing-masing disampaikan kepada Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA),  Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Persekutuan Persatuan Cina Sarawak dan Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak.