Anda di sini

Penganjur pelawa individu menjadi sukarelawan SukSar

Advertisement

KUCHING: Jawatankuasa Penganjur Sukan Sarawak (SukSar) menyeru individu yang berminat sebagai sukarelawan bagi membantu sepanjang penganjuran temasya yang akan berlangsung dari 14 hingga 17 Disember 2017.

 Sehubungan, mereka yang berminat diminta hadir untuk taklimat pada 1 Oktober depan (Ahad) bertempat di Stadium Tertutup, Petra Jaya bermula jam 8.30 pagi.

 Ketua Koordinator Jawatankuasa Penganjur, Ahmad Rodzli Hashim berkata para sukarelawan akan membantu sepanjang penganjuran 18 acara sukan, 14 sukan atlet normal dan empat bagi sukan paralimpik.

 Acara tersebut ialah olahraga, renang, angkat berat, berbasikal, badminton, memanah, rugbi, sepak takraw, judo, muay, petanque, boling padang, bola baling dan karate.

 Manakala empat sukan paralimpik ialah olahraga, renang, memanah dan angkat berat.

 “Kita memerlukan mereka yang mempunyai pengalaman semasa penganjuran SUKMA 2016 untuk mengendalikan bidang teknikal selain mengalu-alukan mereka yang tiada pengalaman untuk turut serta.

 “Tiada had umur ditetapkan kepada mana-mana indidvidu yang berminat sebagai sukarelawan,” katanya semalam.

 SukSar 2017 yang akan berlangsung di beberapa venue di sekitar Kompleks Stadium Sarawak dianjur untuk mencungkil bakat-bakat baru.

 Temasya selama empat hari itu juga menjadi platform persediaan kontinjen Sarawak untuk menghadapi temasya SUKMA 2018 di Perak.

Advertisement