Anda di sini

JJF’17 kembali lagi, singgah di Kuching pada 21-24 Sept

Poster
Poster

KUCHING: Festival Filem Jepun (JJF) kembali untuk kali-14 telah pun bermula pada 7 September lepas di mana ia akan berlangsung sehingga 1 Oktober ini bagi menyediakan filem-filem terbaik dari Jepun yang belum pernah ditonton di Malaysia.

Menampilkan filem-filem terlaris, magnet trofi, dokumentari membuka mata, adaptasi manga yang sangat dinanti-nantikan, pameran perdana negara untuk pawagam Jepun yang baru menjanjikan pengalaman budaya yang benar-benar mendalam bagi para penonton dari semua peringkat umur dan cita rasa.

Sambutan selama sebulan itu akan membuat pusingan di Klang Valley dari 7 hingga 13 September di GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC Pavilion KL, dan GSC NU Sentral.

Pulau Pinang (GSC Gurney Plaza pada 14–17 September) merupakan bandar raya seterusnya, diikuti Kuching (GSC CityONE Megamall pada 21 hingga 24 September) sebelum diakhiri di Kota Kinabalu (GSC Suria Sabah pada 29 September hingga 2 October).

Pesta itu akan diserikan dengan kehadiran bintang-bintang popular, seperti Saitoh Takumi yang dijangka hadir pada pratonton khas ‘Blank 13’ di GSC Pavilion KL pada 5 September.

Drama keluarga itu melihat pelakon yang menjadi rebutan itu, duduk di kerusi pengarah untuk penerbitan pertamanya yang menggambarkan dua adik beradik berdepan dengan kematian bapanya.

Takumi juga akan menghadiri majlis pembukaan pada hari sama, dengan beliau kembali di hadapan kamera untuk watak sokongan dalam ‘The Projects’.

Semua filem ditayangkan dalam Bahasa Jepun dengan sarikata Bahasa Inggeris.

Tiket untuk JFF’17 dijual pada harga RM8 (termasuk 6% GST) kecuali untuk ‘Midnight Diner 2’ dan ‘Tsukiji Wonderland’ pada harga tiket semasa.

Tiket untuk semua tayangan (Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu) boleh dibeli bermula 31 Ogos menerusi kaunter tiket GSC, e-bayaran GSC dalam gsc.com.my atau aplikasi mudah alih GSC.

Bagi senarai penuh untuk sinopsis filem, masa tayangan dan keterangan am boleh didapati di jfkl.org.my dan gsc.com.my.

Orang ramai juga boleh mendapatkan penebusan tiket percuma dengan membawa keratan asal artikel ini, sama ada dalam See Hua Daily News, The Borneo Post & Utusan Borneo ke Pejabat See Hua Marketing.

Salinan foto artikel tidak akan diterima.

Tarikh penebusan adalah pada 15 September ini, bermula 8.15 pagi ke atas di See Hua Marketing Sdn Bhd, aras bawah, Jalan Pending, 93450 Kuching.

Setiap individu dihadkan kepada dua tiket, berasaskan siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.