Anda di sini

Engkilili dilanda banjir

Advertisement

Beberapa kawasan rendah dinaiki air lewat petang semalam.

 Jalan masuk ke Bunu, Skrang dinaiki air sedalam tiga kaki.
BANJIR: Jalan masuk ke Bunu, Skrang dinaiki air sedalam tiga kaki.
 Kawasan Rumah Majum, Tawai Tengah, Engkilili mula dinaiki air petang semalam.
DINAIKI AIR: Kawasan Rumah Majum, Tawai Tengah, Engkilili mula dinaiki air petang semalam.

SRI AMAN: Beberapa kawasan rendah sekitar daerah kecil Engkilili dinaiki air  lewat petang semalam berikutan hujan lebat sejak lewat malam kelmarin sehingga semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bahagian Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata kawasan rendah dinaiki air termasuk Tawai Tengah, Tawang Hulu, Langkang Ili dan Langkang Hulu serta di Entalun, Engkilili sejak kelmarin.

Siti memberitahu, jalan masuk ke kawasan Bunu, Skrang turut dinaiki air setinggi tiga kaki sejak tengah hari semalam manakala Jalan Sri Aman menuju ke Betong iaitu di Pais, Skrang turut dinaiki air sejak lewat petang semalam.

Beliau berkata semua kawasan dinaiki air menyebabkan beberapa batang sungai sekitar Langkang Hulu, Langkang Ili dan Tawai Hulu naik secara mendadak mengakibatkan banjir.

"Kawasan Rumah Majum, Tawai Tengah, Tawang Hulu, Langkang Ili dan Rumah Imau, Langkang Hulu dinaiki air di paras satu kaki menyebabkan penduduk rumah panjang itu terputus hubungan.

"Bagaimanapun, sehingga lewat petang (semalam) beberapa kawasan terlibat banjir masih terkawal.

"Sekretariat Pengurusan Bencana menggerakkan pasukan untuk melakukan tinjauan dari semasa ke semasa dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar," katanya.

Sementara itu, Siti menambah bahawa paras air di Sungai Entalun yang menempatkan penduduk Rumah Lembu, Entalun, Skrang terus naik ke paras lima kaki jam 5.22 petang semalam.

Bagaimanapun, semua 15 pintu penduduk Rumah Lembu, Entalun serta 29 mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa di Skrang.

Dalam pada itu, APM Sri Aman menasihati penduduk di kawasan rendah bersiap sedia dipindahkan ke pusat pemindahan sekiranya diminta berbuat demikian.

 Paras air Sungai Entalun terus naik sehingga paras lima kaki pada jam 5.22 petang semalam.
TERUS NAIK: Paras air Sungai Entalun terus naik sehingga paras lima kaki pada jam 5.22 petang semalam.
 Jalan Sri Aman-Betong di kawasan Pais, Skrang dinaiki air dan menyebabkan jalan terputus hubungan.
TERPUTUS HUBUNGAN: Jalan Sri Aman-Betong di kawasan Pais, Skrang dinaiki air dan menyebabkan jalan terputus hubungan.
  • oleh
  • Advertisement