Anda di sini

Tujuh rumah ranap

Advertisement
 Beberapa rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak, Bintulu awal pagi semalam.
MUSNAH: Beberapa rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak, Bintulu awal pagi semalam.
 Penduduk kampung membantu kerja pemadaman api di beberapa rumah terbakar di Kampung Sebuan Besar, Bintulu awal pagi semalam.
BANTU: Penduduk kampung membantu kerja pemadaman api di beberapa rumah terbakar di Kampung Sebuan Besar, Bintulu awal pagi semalam.

Kebakaran berlaku di Kampung Sebuan Besar, Jepak, Bintulu awal pagi semalam.

BINTULU: Tujuh buah rumah termasuk sebuah pondok menyimpan peralatan nelayan musnah dalam kebakaran sekali gus mengakibatkan 41 mangsa tinggal sehelai sepinggang di Kampung Sebuan Besar, Jepak di sini awal pagi semalam.

 Ketua Balai Bomba Bintulu Timbalan Penguasa Bomba Di- Hata Gobel berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.

04 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian, 12 kilometer bersama 14 anggota diketuai PBK II Mustafa Wasli.

 Katanya turut membantu pihaknya ialah 20 anggota Pasukan Bomba Sukarela Jumbo Skuad Jepak.

 Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian bomba membuat pemadaman ‘fire break’ menghalang api merebak ke rumah berdekatan dengan menggunakan sumber air pili bomba.

 “Kedudukan rumah jenis tidak kekal itu adalah di atas air dan jarak antara rumah terbabit adalah rapat.

 “Api dipercayai bermula dari sebuah rumah namun kejadian itu tidak melibatkan kecederaan terhadap mangsa,” katanya di sini semalam.

 Menurutnya, bomba berjaya memadam kebakaran itu sekitar jam 6.

04 pagi turut dibantu penduduk kampung.

 Katanya agensi lain terlibat membantu ialah empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua kakitangan SESCO.

 Dalam pada itu, bantuan kilat dan sumbangan peribadi disampaikan kepada mangsa kebakaran oleh Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.

  • oleh
  • Advertisement