Anda di sini

Waris bayi perempuan ditinggalkan di jambatan sim-sim dicari

Advertisement

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan sedang mengesan keluarga atau waris seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan Jambatan 17, Perkampungan Sim-Sim pada Julai lalu.

Pelindung Bahagian Sandakan Sharmilla Marzuki berkata, bayi yang baharu dilahirkan itu telah ditinggalkan oleh seorang wanita kepada seorang awam di lokasi kejadian pada 4 Julai kira-kira jam 8.30 malam.

Menurutnya, wanita berkenaan kemudiannya menghilangkan diri ke kawasan Pasar Sim-Sim selepas menyerahkan kanak-kanak itu.

“Orang awam berkenaan merujuk kes itu kepada pihak kami dan seterusnya membuat laporan polis pada 14 Julai 2017 setelah dinasihatkan untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sharmila berkata, sebarang maklumat atau sesiapa yang mengetahui keberadaan keluarga atau waris bayi berkenaan, boleh menghubungi beliau di talian 089-667821/133 (pejabat).

Advertisement