Anda di sini

Sorok syabu bawah kipas angin

Advertisement

LIMBANG: Cubaan seorang suri rumah menyorok syabu di bawah tapak kipas angin didapur rumahnya di kawasan perumahan rakyat berhampiran Taman Damai, dekat sini membawa padah apabila ditahan dalam Ops Tapis, petang semalam.

Suspek warganegara Indonesia itu ditahan bersama seorang lelaki berusia 22 tahun di rumah berkenaan.

Manakala dua lagi suspek lelaki, masing-masing berusia 42 tahun dan 35 tahun ditahan ketika cuba melarikan diri dalam operasi yang dijalankan jam 1 petang.

"Sejumlah 8.74 gram dadah jenis syabu bernilai RM1,600 ditemui dibawah tapak kipas angin didapur rumah wanita terbabit.

"Bagaimanapun suspek wanita negatif dadah. Manakala kesemua suspek lelaki positif Amphetamine dan Methampetamine hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atas mereka," katanya kepada media, hari ini.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 Syabu yang ditemui pada suspek semalam
RAMPAS: Syabu yang ditemui pada suspek semalam
  • oleh
  • Advertisement