Anda di sini

Modal Teroka pekebun kecil pertanian luar bandar dilaksana 2018

Advertisement

KUCHING: Peruntukan Modal Teroka atau dana permulaan yang bernilai RM100 juta kepada pekebun kecil dalam sektor pertanian luar bandar negeri ini akan dilaksanakan awal tahun 2018.

Timbalan Ketua Menteri, juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan RM100 juta yang diumumkan ketua menteri sebelum ini adalah satu daripada alternatif membantu golongan sasaran meningkatkan pendapat mereka.

pagi tadi.

LAKSANA: Uggah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel Modal Teroka di sini, pagi tadi.

"Kita berharap model baharu yang akan kita guna pakai dalam Modal Teroka akan membantu meningkatkan pendapatan selain membawa mereka ke arah pertanian baharu dengan melibatkan ekonomi digital.

"Peruntukan modal teroka atau permulaan ini sepatutnya diagihkan pada tahun hadapan dan kementerian telah mensasarkan sendiri tempoh masa agar ia dilaksanakan selewat-lewatnya Mac 2018," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel Modal Teroka (VC) di sini, pagi tadi.

Pada Julai lepas, Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan akan memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk diagih-agihkan sebagai modal teroka bagi membantu memajukan golongan usahawan dalam sektor pertanian luar bandar.

Beliau berkata ia akan dilaksanakan pada tahun depan bagi menyokong dasar kemajuan keusahawanan sektor pertanian luar bandar di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

"Kalau kita ada peladang contoh waktu kita adakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, kita akan berikan modal teroka ini kepada mereka untuk meneruskan usaha mereka dalam bidang pertanian," kata Abang Johari.

  • oleh
  • Advertisement