Anda di sini

20dB tawar ujian diagnosa pendengaran, peralatan pendengaran secara percuma

Advertisement
 Mok menunjukkan dua jenis alat bantuan pendengaran yang akan digunakan sepanjang tempoh percubaan itu.
PELBAGAI: Mok menunjukkan dua jenis alat bantuan pendengaran yang akan digunakan sepanjang tempoh percubaan itu.

KUCHING: Pusat pakar pendengaran 20dB Hearing Sdn Bhd (20dB) sedang menawaran ujian diagnosa pendengaran dan peralatan pendengaran secara percuma sehingga 15 Spetember ini untuk mereka yang mempunyai masalah mendengar atau mahu mencari alat bantuan mendengar yang bersesuaian.

Ahli Audiologi Kanan Mok Yong Yaw berkata, kempen tersebut bersempena dengan sambutan ulang tahun 20dB di seluruh negara dengan membenarkan klien pihaknya mencuba alat bantuan pendengaran selama 15 hari.

Ahli Audiologi kita akan menjalankan ujian bagi mengenal pasti tahap kerosakan pendengaran klien dan peralatan bantuan pendengaran yang bersesuaian yang diberikan kepada mereka untuk tempoh percubaan sebelum membeli.

Ini bagi membolehkan mereka berasa yakin dengan alat bantuan pendengaran dan membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

Walaupun terdapat salah anggap bagi mereka yang memerlukan alat bantuan pendengaran ini bahawa mereka tidak merasakan bahawa ia sebenarnya tidak membantu dan membuat bunyi yang bising,” katanya ketika ditemui di pusatnya yang terletak di  S3 Curve, Jalan Simpang Tiga, baru-baru ini.

Beliau menambah lagi bahawa ramai orang takut untuk menggunakan alat bantuan pendengaran kerana tidak yakin sama ada ia betul-betul membantu dan mungkin daripada buah mulut kawan-kawan dan ahli keluarga yang menyatakan ia tidak banyak membantu dan alat itu hanya membuat bunyi.

Ini termasuk mereka yang telah membuat belian alat bantuan pendengaran atas talian dan baharu mengetahui bahawa ia sebenarnya tidak bersesuaian dengan mereka tetapi tidak dapat membuat pemulangan alat bantuan tersebut.

Justeru, pihaknya mengadakan kempen untuk tempoh percubaan 15 hari dan baharu selepas itu membeli sekiranya mendapati ia bersesuaian dengan mereka berdasarkan bajet dan juga gaya hidup masing-masing.

Pelanggan tidak semestinya membeli alat bantuan pendengaran tersebut selepas mencuba dan tamat tempoh percubaan, jelasnya.

Memandangkan hari ini banyak pembangunan dalam teknologi, alat bantuan pendengaran ini juga ada yang dihasilkan dengan pengecas bateri yang amat sesuai dengan peranti ios.

Alat bantuan pendengaran ini boleh digunakan dengan peranti ios seperti Apple Watch, iPad dan iPhone bagi menjawab panggilan, melihat video dan mendengar muzik dengan menggunakan Bluetooth sepertimana alat dengar telefon tanpa wayar yang lainnya,” tegas Mok

Pihaknya menyediakan tiga jenis alat pendengaran yang boleh dicuba oleh klien mereka iaitu dari model ‘Receiver-in-Canal’ (RIC) dan dua lagi dari Behind-the-Ear (BTE) dengan tahap untuk mendengar yang berbeza-beza sesuai dengan keselesaan klien.

Menurut beliau seseorang yang mempunyai masalah pendengaran mengambil masa dari tempoh tiga bulan sehingga setahun untuk merasakan kesesuaian alat bantuan pendengaran mereka bergantung dengan tahap masalah pendengaran klien.

20dB Hearing Sdn Bhd merupakan sebuah pusat pendengaran yang paling besar dengan 18 cawangannya di seluruh negara dan telah mendapat pengitirafan jaminan kualiti  ISO 9001:2008.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba alat pendengaran tersebut dinasihatkan untuk menelefon dan membuat temu janji ke talian 082-411220, 016-8792031 atau nombor talian tol-percuma di 1800-88-2032.

Melalui alternatif lain juga disediakan perkhidmatan WhatsApp atau WeChat melalui 012-9427729.

Advertisement