Anda di sini

Pesalah dadah ditahan

Advertisement
 Petugas AADK ketika menjalankan pemeriksaan ujian air kencing terhadap individu dalam Ops Cegah Dadah di Kuching semalam.
PEMERIKSAAN: Petugas AADK ketika menjalankan pemeriksaan ujian air kencing terhadap individu dalam Ops Cegah Dadah di Kuching semalam.
 Beberapa agensi penguatkuasaan termasuk JPJ Sarawak turut terlibat dalam operasi bersepadu di Kuching semalam.
BEKERJASAMA: Beberapa agensi penguatkuasaan termasuk JPJ Sarawak turut terlibat dalam operasi bersepadu di Kuching semalam.

   23 individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jalan Matang, kelmarin.

KUCHING: Seramai 23 individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu Cegah Dadah 2.0 di Jalan Matang, di sini kelmarin.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching Sharifah Azimah Syed Ismail berkata pada operasi tersebut seramai 148 orang diperiksa.

Didapati 23 individu positif dadah manakala 125 orang lagi negatif selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.

Mengulas lanjut, Azimah berkata 15 daripada individu ditahan didapati positif dadah jenis Methaphetamine dan lapan orang positif THC atau ganja.

Kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 40 tahun di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 dan Seksyen 6(2) akta yang sama.

Bagaimanapun, tiada rampasan dadah dilakukan dalam operasi tersebut yang dijalankan sejak jam 8 malam.

Sebelum ini katanya, operasi pertama dijalankan pada Mac lalu di pekarangan Kompleks Baitulmakmur di Petra Jaya.

Setakat ini sebanyak 17 kes direkodkan di kawasan Gita sejak 2015 yang membawa kepada penahanan lima individu dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Menyentuh masalah penagihan dadah di Kuching, katanya jumlah direkod adalah sebanyak 703 kes sejak dua tahun lalu dan Azimah menyifatkan keadaan itu masih terkawal.

Namun, usaha membanteras gejala penagihan dadah terus dipergiat sehingga rekod yang dicatatkan dapat dikurangkan.

Ops Cegah Dadah itu turut disertai AADK Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, polis dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui berkata beliau kan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada agensi berkaitan terutama menangani isu dadah dan jenayah yang membabitkan golongan belia.

Dengan adanya operasi sebegini ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala negatif dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan dadah di kawasan berhampiran,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement