Anda di sini

‘Lelaki samurai’ tetak pengawal presiden

Advertisement

TAIPEI: Seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai dan membawa bendera negara China telah menetak seorang pengawal polis tentera di luar pejabat presiden di Taiwan, kata pihak berkuasa.

Lelaki Taiwan itu ditangkap di tempat kejadian me-nyatakan dia menyuarakan pandangan politiknya dan mencuri pedang tersebut dari sebuah muzium sejarah berhampiran, polis memberitahu AFP.

Pejabat presiden di tengah ibu negara Taipei merupakan ibu pejabat bagi Presiden Taiwan Tsai Ing-wen yang skeptis terhadap Beijing.

Hubungan dengan pihak berkuasa China tegang sejak beliau menjawat jawatan tersebut pada tahun lepas apabila beliau enggan untuk bersetuju dengan kenyataan Beijing bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada “satu China”.

Pulau ini adalah sebuah negara demokrasi pemerintahan sendiri, namun Beijing masih lagi melihat ia sebagai sebahagian daripada wilayahnya yang harus disatukan semula.

Penyerang “mengambil tukul dan memecahkan bekas simpanan pameran di sebuah muzium bersejarah untuk mencuri sebilah pedang samurai”, seorang pegawai polis yang menyiasat insiden itu memberitahu AFP.

“Sehelai bendera China ditemui di dalam beg sandangnya. Dia menyatakan dia ingin menyampaikan pandangan politiknya dengan pergi ke pejabat presiden,” menurut pegawai tersebut.

Lelaki itu, hanya dikenali melalui nama keluarga-nya Lu, menetak pengawal yang cuba menghalangnya memasuki kompleks itu dari bahagian pagar tepi, menurut jurucakap presiden Alex Huang.

Lu sekarang sedang disoal siasat oleh polis.

Pengawal yang tercedera berada dalam keadaan stabil selepas segera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kata Huang.

Media tempatan melaporkan pengawal itu ditetak di bahagian leher dan pejabat presiden sedang mengada-kan acara keluarga bagi kakitangannya pada masa itu.

Rakaman TV menunjukkan Lu dibawa pergi oleh empat pegawai dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta polis di pintu masuk tepi ke pejabat presiden, yang ditutup sejak serangan itu.

Kompleks itu dan kawasan sekelilingnya pernah menjadi sasaran serangan sebelum ini.

Pada November 2014 seorang pemandu cuba memandu keretanya ke arah pintu depan kediaman presiden berhampiran, menyatakan dia membantah polisi kesihatan oleh pemimpin sebelum Tsai, Ma Ying-jeou, yang memegang kuasa pada masa itu.

Pada Januari 2014 seorang lelaki memandu traknya melalui skrin kalis peluru dan ke arah pintu pagar utama pejabat presiden, menyata-kan dia membantah satu perbicaraan kehakiman yang melibatkan bekas isterinya. — AFP

Advertisement