Anda di sini

KL2017 saat amat bermakna

Advertisement
PANDELELA
PANDELELA

KUALA LUMPUR: Sukan SEA Ke-29 dirasmikan malam ini detik bermu­lanya perjuangan memburu pingat emas dan tambah mengujakan temasya kali ini menghimpunkan kehadiran paling ramai juara dunia dan pemenang pingat Olimpik yang mencipta nama dalam tempoh dua tahun lepas untuk membawa temasya rantau ini lebih gemilang.

Selepas 16 tahun, te­masya dwitahunan itu kem­bali ke bumi Malaysia den­gan bandaraya Kuala Lumpur sebagai tuan rumah un­tuk kali keen­am, menghim­punkan 4,900 at­let daripada 11 ne­gara untuk memburu 404 pingat emas daripada 38 sukan dengan luncur ais, hoki ais, hoki dalam dewan dan kriket dianjurkan buat julung kalinya.

Pertarungan bagi gelaran juara keseluruhan dikatakan bakal menjadi milik Malaysia atau Thailand yang mendomi­nasi empat daripada lima te­masya lepas.

Malaysia menyasarkan 111 pingat emas bersandarkan kelebihan di laman sendiri dan sebagai melambangkan pen­guasaan sebagai tuan rumah, tugas yang memerlukan 844 atlet negara menilai semula

pungutan 62 emas dan tem­pat keempat di Singapura dua tahun lepas.

Di sebalik kehebatan dan kemasyhuran yang baru dic­ipta mereka, tiga juara dunia Malaysia – jaguh keirin Azi­zulhasni Awang, ratu terjun Cheong Jun Hoong dan jaguh silat Mohd Al-Jufferi Jamari – dan Pandelela Rinong, wanita pertama negara me­menangi pingat Olimpik Lon­don 2012 -- tidak melepaskan peluang untuk beraksi pada temasya ini.

Dua lagi peserta handalan ialah juara Olimpik Rio - perenang Singapura Joseph Schooling dan penembak tepat Vietnam Hoang Xuan Vinh.

Dalam menetapkan sas­aran, Malaysia mahu mengulangi kejayaan pada 2001 semasa nega­ra menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu dan memecahkan rekod seabad un­tuk julung ka­linya muncul juara kes­eluruhan dengan 111 pingat emas.

Azizulhasni, Jun Hoong dan Pandelela akan mengetuai perjuangan itu dengan hara­pan untuk menyapu bersih 26 pingat emas ditawarkan dalam acara terjun dan trek berbasikal lelaki.

Kemunculan pelari muda Khairul Hafiz Jantan, yang memecahkan rekod kebang­saan 100m dan 200m, mening­katkan lagi harapan Malaysia

yang akhirnya mempunyai jaguh pecut untuk merebut semula gelaran lelaki terpan­tas di Asia Tenggara.

Thailand menyasarkan 100 pingat emas dan membuk­tikan mereka mampu men­capainya berdasarkan prestasi meraih 107 emas pada Sukan 2013 di Myan­mar.

Viet­nam, kuasa sukan yang se­makin menyerlah di rantau ini, mahu muncul antara tiga terbaik selepas menduduki tempat ketiga di be­lakang Thailand dan Singapura pada temasya lepas dengan 73 emas.

Indone­sia dan Fil­ipina pula menyasar­kan untuk memper­baiki prestasi den­gan masing-masing menyasarkan lebih 50 emas.

Negara lain iaitu Myanmar, Kem­boja, Laos, Brunei dan Timor-Leste tu­rut menetapkan sas­aran dan tidak boleh dipandang mudah. — Bernama

Advertisement