Anda di sini

Program Pemvaksinan Anjing di Serian, esok

Advertisement

KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) mengadakan Program Pemvaksinan Anjing di beberapa buah kampung di Bahagian Serian, esok.

Menurut kenyataan sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, hari ini, kampung terlibat adalah Kampung Panchor Dayak dan Panchor Cina, Kampung Semada Belatok, Semada Mawang dan Semada Tengah selain Kampung Semukoi A dan Semukoi Empegang.

Program turut diadakan di Kampung Sungai Apeng, Slabi Entukuh, Sungai Buruh dan Singai Turong, Kampung Stigang Semuko, Tian Mawang dan Tian Sekawan serta Kampung Tapang Maong, Muara Tangga dan Beruan.

Program pemvaksinan yang sepatutnya dijadualkan hari ini namun ditangguh bagi memberi laluan program Pemvaksinan Anti-Rabies kepada petugas-petugas wabak rabies.

Foto Fail Utusan Borneo Online
Foto Fail Utusan Borneo Online
Advertisement