Anda di sini

Peserta BP Run diingat dapatkan baju-T dari 21 hingga 25 Ogos ini

Advertisement
 Shirley (tiga kanan) menyerahkan produk tajaan beliau kepada Kueh (dua kiri) pada satu majlis ringkas semalam.
TANDA SOKONGAN: Shirley (tiga kanan) menyerahkan produk tajaan beliau kepada Kueh (dua kiri) pada satu majlis ringkas semalam.

SIBU: Peserta edisi ketujuh The Borneo Post Run 2017 (BP Run) pada 31 Ogos depan di Dataran Sibu sekali lagi diingat mendapatkan baju- T mereka mulai 21 hingga 25 Ogos di Pejabat See Hua di Jalan Tuanku Osman di sini.

 Penge rus i penganjur program Kueh Ngan Seng berkata, mereka diwajibkan membawa resit untuk mendapatkan baju-T dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

 “Dianggar 3,000 peserta telah mendaftar dan bilangan tersebut adalah yang terbesar berbanding penganjuran BP Run sebelum ini. Jika ada yang terlepas untuk mendaftar, mereka tidak perlu risau kerana kami masih membenarkan mereka untuk mendaftar pada hari penganjuran tersebut.

 “Projek komuniti Kumpulan Syarikat See Hua ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan memupuk hubungan rapat antara semua rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas menerima tajaan gel mandian jenama Dermique, semalam.

 Tajaan tersebut diserahkan oleh Pengurus Cawangan Jenama Dermique Shirley Yiep pada satu majlis ringkas di pejabat See Hua di sini.

 “Kami menaja lima gel mandian jenama Dermique yang dihasilkan secara khusus daripada bahanbahan semula jadi seperti tumbuhan dan herba serta selamat digunakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak,” ujarnya.

 Hadir sama Penyelaras BP Run 2017, Jamie Kong.

Advertisement