Anda di sini

Peperangan tidak akan berlaku di semenanjung Korea: Moon

Advertisement
 Moon ketika bercakap pada sidang akhbar sempena 100 hari pertamanya menjadi presiden di istana presiden di Seoul, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters
TEGAS: Moon ketika bercakap pada sidang akhbar sempena 100 hari pertamanya menjadi presiden di istana presiden di Seoul, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Peperangan tidak akan berlaku di semenanjung Korea, kata Presiden Korea Selatan Moon Jae-In semalam, dan menambah Seoul mempunyai kuasa veto ke atas tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas kepada program nuklear dan misil Korea Utara.

Semua rakyat Korea Selatan sudah sama-sama berusaha dengan begitu gigih untuk membina semula negara dari kemusnahan Perang Korea,” kata Moon pada satu sidang akhbar sempena 100 hari pertamanya menjadi presiden.

Saya akan mencegah pepe-rangan dengan segala upaya,” tambahnya. “Jadi saya mahu semua rakyat Korea Selatan percaya dengan keyakinan bahawa peperangan tidak akan berlaku.”

Ketegangan meruncing sejak beberapa bulan lalu berhubung program senjata Pyongyang, yang menyebabkannya dikenakan pusingan sekatan ketujuh oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada minggu lepas Korea Utara mengugut untuk melepaskan peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam – tetapi ia dipercayai sudah menarik balik ugutan itu buat masa sekarang.

Presiden AS Donald Trump menjanjikan “api dan ke-           marahan” dan berkata senjata Washington sudah “dikunci dan diisi”.

Retorik keras oleh kedua-dua pihak menimbulkan kebimbangan tentang perkiraan yang salah sehingga menjurus kepada akibat yang membawa bencana – Pyongyang mempunyai pasukan artileri besar yang dikerahkan dalam julat Seoul, di mana jutaan manusia tinggal.

Namun Moon berkata Seoul mempunyai kuasa veto ke atas tindakan ketentera-an oleh AS, pelindung dan sekutu keselamatannya.

Tidak ada orang yang dapat membuat keputusan mengenai tindakan keten-teraan di semenanjung Korea tanpa persetujuan kami,” katanya.

AS dan Presiden Trump juga berkata, tidak kira apa pun pilihan yang mereka ambil mengenai Korea Utara, semua keputusan akan dibuat selepas berunding dengan dan mendapatkan persetujuan dengan Republik Korea.”

Moon, yang melawat Wa-shington pada hujung Jun, enggan mengkritik retorik Trump terhadap Korea Utara yang telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pemerhati.

Presiden AS Trump cuba menekan Korea Utara dengan menunjukkan keazaman yang tegas,” katanya. “Saya rasa dia tidak cuba menunjukkan kesediaan tertentu untuk melancarkan tindakan ke-tenteraan.”

Pada masa lalu, Moon, seorang bekas peguam hak asasi manusia berhaluan kiri, menggesa dialog dengan Korea Utara untuk membawanya ke meja rundingan, selain sekatan – satu pendekatan yang menimbulkan kebimbangan bahawa ia boleh menyebabkan perpecahan dengan Washington.

Namun sejak dia memegang kuasa, tawarannya ditolak oleh Pyongyang, dan Moon menepis kesegeraan dialog.

Saya rasa kita tidak terburu-buru,” katanya.

Bagi mengadakan rundingan, katanya, “jaminan mesti ada bahawa ia akan membawa kepada kesudahan yang membuahkan hasil.

Korea Utara mesti se-kurang-kurangnya menamatkan provokasi tamba-han untuk mewujudkan mood bagi dialog.”

Hanya selepas itu baharulah Seoul dapat menimbang untuk menghantar utusan ke Korea Utara, tambahnya.

Garisan merah adalah Korea Utara yang melengkap-kan ICBM dan memasang-nya dengan kepala peledak nuklear dan menjadikannya senjata,” tambahnya.

Jika Korea Utara melancarkan satu lagi provo-kasi, ia akan berdepan dengan sekatan yang jauh lebih keras dan ia tidak akan terselamat daripadanya. Saya ingin memberi amaran kepada Korea Utara untuk menamatkan perjudiannya yang berbahaya.” — AFP

Advertisement