Anda di sini

Infrastruktur Pos Kawalan Sempadan dibangun

Advertisement

Ia bagi merancakkan aktiviti, membolehkan penduduk dari Sambas datang ke Kuching: Jahar

 Jahar (kiri) menerima perutusan untuk dibacakan sempena memperingkati Hari Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-72 yang disambut di Kuching, semalam.
PERUTUSAN: Jahar (kiri) menerima perutusan untuk dibacakan sempena memperingkati Hari Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-72 yang disambut di Kuching, semalam.

KUCHING: Kerajaan Indonesia dengan kerjasama Malaysia dalam perancangan untuk membangunkan lagi infrastruktur di Pos Kawalan Sempadan Aruk(Indonesia)-Biawak(Sarawak, Malaysia) sebagai laluan dalam masa terdekat.

Konsul Jeneral Republik Rakyat Indonesia di Kuching Jahar Gultom berkata ia bagi merancakkan lagi aktiviti selain membolehkan kende-raan terutama penduduk dari Sambas datang ke Kuching.

Kami merancang untuk meningkatkan infrastruktur dan membuka Pos Kawalan Aruk-Biawak ini yang tidak hanya untuk penghantaran barang tetapi membolehkan kenderaan terutama di kala-ngan warga Indonesia dari Sambas.

Sebagai contoh jika mereka mahu ke luar negeri, mereka tidak perlu melalui Pontianak atau Jakarta tetapi terus dari Kuching (lapangan terbang) dan saya pasti ini lebih memudahkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-72 di pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia di sini, semalam.

Menurut Jahar, peranca-ngan itu bakal dilaksanakan dalam masa terdekat melalui kerjasama Kerajaan Indonesia (Jakarta) dan Malaysia (Kuala Lumpur) yang kolaboratifnya turut melibatkan Kalimantan Barat (KALBAR) dan Sarawak.

Saya merasakan ia pendekatan yang pasti akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak selain menggambarkan hubungan rapat dan kerjasama kita.

Ini juga akan meningkatkan lagi aspek ekonomi, perdagangan, usahawan serta aspek lain,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia, Jahar menjelaskan, 72 tahun kemerdekaan bukan satu jangka masa yang mudah.

Jelasnya sama seperti Malaysia yang bakal menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, yang menunjukkan hubungan rapat kedua-dua negara.

Indonesia dan Malaysia sebagai negara ASEAN mempunyai hubungan yang sangat baik di mana tiada hal atau isu yang menghalang hubungan kita khususnya KALBAR dan Sarawak.

Ia sangat dekat kerana ikatan kekeluargaan serta sila-turahim di kalangan sesama Dayak dan Melayu dari Sambas, di mana hubungan kita amat baik,” katanya.

Sementara itu upacara sambutan Kemerdekaan Republik Indonesia itu semalam disambut dengan meriah melalui aktiviti yang dirancang selain daripada acara rasmi sebagai simbolik.

Pada kali ini juga pelbagai gerai turut disediakan kepada pengunjung serta warga Indonesia yang berdekatan dan datang bersama-sama me-nyambut acara terbabit.

  • oleh
  • Advertisement