Anda di sini

HDC terbuka dalam siasatan SPRM terhadap dua pegawai di Miri

Advertisement

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) terbuka dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua pegawainya di Miri yang diperintah hadir ke pejabat SPRM, kelmarin.

Pengerusi Lembaga Pengarah HDC Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen berkata, HDC memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan tersebut.

"HDC memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan tersebut dengan komitmen HDC untuk menegakkan ketelusan dan akuantabiliti selaras dengan Aku Janji integriti yang telah ditandatangani.

"Dua pegawai HDC telah diperintah untuk hadir ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan semalam," katanya pada sidang media bersama Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Mohd Asman Ahmad di Wisma Sultan Tengah di sini, hari ini.

Katanya, perintah tersebut adalah bagi membantu siasatan berhubung tuntutan berjumlah RM11,969 bagi kerja-kerja mengecat projek PPR 12 unit di Permyjaya, Miri yang belum siap disebabkan terbakar.

Sementara itu, dua pegawai HDC ditahan SPRM semalam bagi membantu siasatan berhubung tuntutan pembayaran kerja-kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah pangsa di Miri.

Difahamkan, turut ditahan dalam operasi sekitar jam 12 hingga 1.20 tengahari itu adalah seorang pengurus yang dilantik untuk melaksanakan projek tender yang dibuka pada April 2015 itu.

Suspek ditahan itu adalah seorang jurutera dan juruteknik kanan yang masing-masing berusia 39 dan 59 tahun manakala pengurus yang ditahan berusia 49 tahun.

 Abang Abdul Rauf (kiri) bersama Mohd Asman semasa sidang media yang menegaskan lembaga pengarah akan ambil tindakan undang-undang kepada parti pembangkang yang didakwa memutarbelit fakta.
SIDANG MEDIA: : Dr Abang Rauf (kiri) bersama Mohd Asman semasa sidang media yang menegaskan lembaga pengarah akan ambil tindakan undang-undang kepada parti pembangkang yang didakwa memutarbelit fakta.
  • oleh
  • Advertisement