Anda di sini

Dirgahayu MYDIN 60 Tahun

Advertisement
 Upacara pemotongan kek yang menjadi simbolik Ulang Tahun MYDIN Ke-60.
SIMBOLIK: Upacara pemotongan kek yang menjadi simbolik Ulang Tahun MYDIN Ke-60.

SUBANG JAYA: MYDIN pada mulanya diasas dan diusahakan sendiri oleh usahawan Malaysia bernama Mydin Mohamed Ghulam Hussein di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan pada 1957.

Hari ini, berkat kesabaran dan sikap tidak pernah kenal erti putus asa, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) kini mampu berdiri gagah dan standing dengan pasar raya besar di Malaysia.

Siapa sangka implikasi derita perang dunia kedua, musibah kebakaran kedai papan pertama, kesukaran mendapatkan pinjaman untuk biaya pasar raya pertama, hanya menjadi lipatan sejarah dalam langkah perjalanan MYDIN meniti usia.

Tarikh 17 Ogos 2017 merupakan hari bersejarah buat MYDIN yang mana seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tahun yang diadakan dengan penuh kemeriahan.

Buat julung kalinya, MYDIN mengadakan sambutan ke-60 tahun dengan sokongan padu daripada rakan penaja untuk meraikan kejayaan MYDIN dalam dunia peruncitan yang usianya sudah menjangkau lebih daripada setengah abad.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi, rakan penaja, rakan pembekal, pihak berkuasa tempatan, ahli lembaga pengarah MYDIN dan rakan media.

 Datuk Wira Dr Ameer Ali menyampaikan memento kepada Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd Pattrik Ting selaku wakil Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News yang merupakan rakan media rasmi bagi MYDIN di Sabah dan Sarawak.
RAKAN MEDIA: Datuk Wira Dr Ameer Ali menyampaikan memento kepada Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd Pattrik Ting selaku wakil Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News yang merupakan rakan media rasmi bagi MYDIN di Sabah dan Sarawak.

Cabaran jadi pembakar semangat

Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Bhd Datuk Wira Dr Ameer Ali berkata: “Syukur Alhamdulillah, sudah enam dekad MYDIN berkhidmat untuk Malaya dan Malaysia.

Menyambut ulang tahun yang sama dengan negara tercinta Malaysia, pastinya bukan sesuatu yang dirancang, tetapi sebaliknya satu kebetulan yang patut dibanggakan, terutama dalam kalangan kami, warga MYDIN sekalian.

Tidak dinafikan, bermula dari tahun 1957, saban hari terlalu banyak cabaran dan dugaan, air mata dan gelak tawa serta kegagalan dan kejayaan dalam meniti usia MYDIN yang kini mencecah 60 tahun,”

Sesungguhnya, semua inilah yang mematangkan dan menjadi pembakar semangat kepada MYDIN untuk terus berusaha merealisasikan misi MYDIN untuk menjadi syarikat borong dan runcit yang terunggul dengan nilaian yang terbaik, pilihan barangan yang lengkap dan pelbagai serta kecemerlangan berterusan berdasarkan formula perniagaan MYDIN,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 di MYDIN USJ, Subang Jaya, semalam.

Pada majlis yang sama, kesemua 81 rakan penaja telah diberi memento dan diumumkan secara rasmi. Majlis telah disempurnakan sendiri oleh Datuk Wira Dr Ameer Ali.

Rakan penaja untuk sambutan ulang tahun MYDIN 60 Tahun ini terdiri daripada rakan penaja berlian, rakan penaja platinum, rakan penaja emas, rakan penaja perak, rakan penaja gangsa dan rakan penaja sokongan.

Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan daripada dua artis hebat tanah air iaitu Anuar Zain dan Jaclyn Victor.

Di samping itu, eksklusif sempena Ulang Tahun MYDIN Ke-60, Ice Watch dan MYDIN telah bekerjasama untuk mengeluarkan jam tangan edisi khas sebagai cenderamata kepada semua rakan penaja bagi sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 yang cukup bermakna ini.

 Kad Meriah Edisi Tawaran Terhad sempena Ulang Tahun MYDIN Ke-60.
TERHAD: Kad Meriah Edisi Tawaran Terhad sempena Ulang Tahun MYDIN Ke-60.

Sejarah Penubuhan MYDIN

Kronologi perjalanan perniagaan MYDIN pascaperang dunia kedua bermula dengan kedai papan di Kota Bharu, Kelantan pada 1957. Selang dua dekad kemudian, kedai MYDIN yang kedua telah dibuka di Kuala Terengganu pada 1979 dan tahun 1987 cawangan kedai MYDIN yang ketiga telah dibuka di Lembah Klang, iaitu di Jalan Masjid India.

 Tahun 2016 merupakan tahun keramat dan batu loncatan kepada MYDIN dalam mengembangkan empayar perniagaannya apabila pasar raya besar borong pertama telah dibuka di USJ Subang Jaya.

Sehingga kini, MYDIN sudah mempunyai 322 cawangan dengan 10 format perniagaan.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Wira Dr Ameer Ali berkata,  buat masa ini, MYDIN mempunyai sebanyak 332 cawangan dan mempunyai 25 cawangan hypermarket.

Kita juga sudah memperluaskan cawangan di Sabah dan Sarawak. Tahun ini kita sudah buka tiga cawangan dan akan buka lagi cawangan di Vista Tunku di Kuching dan Johor.

Jadi tahun ini akan ada lima cawangan MYDIN baharu yang dibuka. Di Jengka, Pahang berkemungkinan akan dibuka awal tahun depan termasuk di Tunjung, Kelantan dan Sandakan. Sabah,”katanya.

MYDIN adakan pelbagai kempen dan promosi sempena sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60

Pelbagai aktiviti hiburan, promosi hebat, kempen menarik akan dilaksanakan sepanjang sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 yang akan berlangsung selama lima bulan, seperti Peraduan P&G dan MYDIN, yang menaja 60 pemenang terpilih mengerjakan ibadah umrah, Program Tebus Produk Penaja (Nestle, P&G, BABAS & SAFI), Promosi RM6 untuk Pendaftaran/Pembaharuan keahlian Kad Meriah, Radio Domination Suria FM selama sehari, Peraduan di Laman Sosial, Konsert Suria JAM, Konsert Hot FM, pelancaran produk-produk baharu rakan penaja dan banyak lagi.

Promosi hebat serendah RM0.06 menanti para pelanggan MYDIN di seluruh cawangan bermula 17 Ogos 2017.

#RAISETHEFLAGMY

Hasil daripada usaha kerjasama dengan The Star juga, kemeriahan sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 ini turut dipanjangkan di 60 sekolah terpilih di seluruh Malaysia sempena kempen #RAISETHEFLAGMY.

Pada 18 Ogos 2017, sebanyak 10,000 akhbar tambahan The Star akan diagihkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah dengan harapan untuk menyemarakkan kempen #RAISETHEFLAGMY dan sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Datuk Wira Dr Ameer Ali dan Pengarah Urusan The Star Media Group Datuk Seri Wong Chun Wai akan bersama-sama turun padang pada 18 Ogos 2017 untuk mengagihkan origami bendera Jalur Gemilang kepada para pelajar di sekolah.

Lebih istimewa lagi, sambutan MYDIN 60 Tahun ini akan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records – The Largest Jalur Gemilang Origami Circulation Nationwide  yang berjumlah 465,000 Jalur Gemilang Origami melalui akhbar The Star dan Sinar Harian.

Pastinya segala perancangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan sinergi daripada semua rakan penaja dalam masa lima bulan berturut-turut.

Selain itu, sebagai menghargai tempat permulaan perniagaan MYDIN dan sempena ulang tahun MYDIN Ke-60 ini, MYDIN juga akan mengadakan Majlis Korban & Kenduri Kesyukuran pada 3 September 2017 bersamaan  12 Zulhijjah 1438H di Kelantan.

Untuk makluman orang ramai, akhbar tempatan Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News merupakan rakan media rasmi bagi MYDIN di Sabah dan Sarawak.

 Keluarga besar MYDIN merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tahun.
KELUARGA MYDIN: Keluarga besar MYDIN merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tahun.
  • oleh
  • Advertisement