Anda di sini

Tiga beranak proses samsu dicekup

Advertisement
 Tong berisi samsu haram dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Padawan, semalam.
RAMPAS: Tong berisi samsu haram dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Padawan, semalam.

KUCHING: Kegiatan tiga beranak memproses samsu akhirnya terbongkar apabila polis menemui 75 tong disyaki samsu haram di sebuah rumah di Kampung Git, Batu 16 dekat Padawan, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 9.25 pagi itu, polis menahan tiga beranak dan menemui peralatan memproses samsu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata ia termasuk 75 tong berisi samsu, tiga unit dapur aluminium berbentuk silinder dan tiga unit tong gas.

Kesemua suspek merupakan pesara guru, pegawai tekonlogi maklumat dan penganggur berusia 38, 42 dan 65 tahun.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota JSJ IPD Padawan membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Git, Batu 16, Padawan.

Hasil pemeriksaan itu, polis menjumpai 75 tong berisi samsu serta peralatan untuk memproses. Kesemua barang telah dirampas untuk tindakan lanjut, katanya.

Advertisement